Oh Omak Kahwinkan Adikku

Tanggal 1hb April 2011 merupakan hari paling menggembirakan bagi adik aku Ime Nurliyani atau nama manja Angah kerana dia sah bergelar isteri kepada Nahar dengan sekali lafaz sahaja. Macam tak percaya akhirnya adik aku berkahwin jua dan telah menjadi hak milik orang lain. Sedih campur gembira aku rasakan kerana dia bukan lagi menjadi adik ku tetapi juga seorang isteri. 

Kalau dulu ramai menyangka adik aku akan kahwin dulu memandangkan dia berteman lelaki dulu dari aku, yela dulu aku anti lelaki sebenarnya bukan anti tapi lebih kepada kurang berminat untuk mempunyai teman istimewa tapi aku juga yang kahwin dulu. Mana lah tau setelah adik aku berkahwin mungkin rezeki aku untuk mempunyai anak akan tercapai juga. Siapa yang tahu kan... Tetapi seandainya ditakdirkan adik aku berbadan dua dulu aku akan bergembira juga kerana anak dia adalah anak saudara aku jua.

Ada juga lah mulut-mulut laser yang bertanya kepada aku, tidakkah aku sedih sekiranya adik aku beranak pinak dulu. Jawapannya aku pun tak tahu. Sebabnya perasaan tu bercampur-campur. Sebagai seorang perempuan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak lagi aku sudah lali dengan soalan-soalan begitu. Ntahla nak jawab apa lagi selepas ini aku pun tak tau.

0 comments