Blues Monday

Arini ari pertama berkerja selepas bercuti raya selama seminggu. Gila nantokla mood kerja pun ke laut je... (Alasan paling pemalas) Dari sebelum cuti raya mood ke laut je tula cuti bersalin lama sangat.

So tahun ni aku dapat merayakan raya pertama di rumah ibundaku, ari sabtu lagi aku da tergedik2 ajak laki aku balik umah mak aku. Padahal sekangkang kera je dengan rumah mertua aku. 

Also raya pertama juga aku dijangkiti batuk sesema dan demam yang teruk.

So raya pertama tu juga dapatla aku jumpa nenek aku yang kat pontian tu setelah setahun tak berjumpa (punya pemalas punya cucu) dan dapat gak dia jumpa cicit dia untuk pertama kalinya.

Disebabkan raya pertama telah dihabiskan di rumah family aku, malam tu kami pun bermalam la di rumah ibu mertua ku seperti tahun yang sebelum2 la, kalo raya pertama uma aku, malam raya n raya seterusnya balik uma mertua dan juga sebaliknya lar.

Adik aku tak dapat balik beraya tahun ni sebab laki dia keja polis so giliran dia 2 tahun lagi. Nasib la badan...

Okies nanti aku masukkan lagi entry sepanjang raya ape yang hangit dan ape yang hangat....

0 comments