Kesan Suntikan Dexa

by - 12:28 AM

Semalam aku jumpa dengan dr thokha sebagai regular check up, aku maklumkn  yg aku da dapatkan suntikan kancing gg dan dexa di klinik desa.

Dr tanya kenapa aku kena suntikan dexa sedangkn aku xde tanda2 nak bersalin awal. Aku cakap dr KD advise aku kena suntikan tu sbb baby first 36 minggu da lahir. Da Doktor KD anggap itu history premature labour. Jadi untuk mengelakkan baby aku kali ni lahir dgn paru2 tidak matang dia suruh aku disuntik dengan dexa.



Pastu Doktor tanya dia suntik every week or one shot tu sahaja. Aku cakap dapat dua dos da dpt untuk minggu tu sahaja.

Pastu Doktor pakar tu terangkan suntikan dexa ni diberikan kalau kita ada tanda2 nak bersalin awal. Tak semestinya kalau baby sebelum ni premature, baby yg akan datang pun akan lahir premature. Doktor kata xtau la kalau polisi kerajaan da berubah mana2 yang lahir bawah 38 minggu perlu disuntik dengan dexa sbb kalau ada perubahan polisi macam tu hospital private akan ikut.

Pastu kalau ikt prosedur suntikan dexa perlu diberi setiap minggu sebab kesan ubat tu hanya bertahan untuk seminggu sahaja. Bukan sehingga baby bersalin jadi sia2 sahaja sebenarnye kalau suntik tapi baby tak lahir awal. Malah kesan dexa ni adalah baby n ibu akan mudah kena infection sbb dexa ni steroid dan steroid adalah benda bahaya utk ibu dan anak.

So thats something yang doktor tak bagitau dan aku xtau org yg kena suntikan dexa ni tau tak tentang ni.

Doktor cakap dia xkan advise patient dia dapat suntikan dexa ni sebab kesan steroid ke atas baby. Aku ada terbaca dexa ni memang sejenis steroid da diberikan kepada ahli sukan kalau dia tercedera. Tapi kita tak tahu jadi follow jela apa doktor advise kan.

Jadi next appointment doktor suh tanya balik dengan doktor KD ni soalan2 seperti berapa lama ubat ni tahan dan betul ke ubat ni steroid.

Aku bukan doktor jadi aku hanya ikut sahaja nasihat doktor mana yang terbaik untuk aku dan baby aku.

You May Also Like

1 comments

  1. i pun tak de tanda-tanda bersalin awal..cuma baby kecik n kena amik dexa

    ReplyDelete