Unfinished Business

Hari ini last kerja sebab sok Jumaat negeri kesayangan hamba ni cuti. Jadi habis sudah minggu ni. Kerja aku masih berbaki lagi ni. Masih terfikir-fikir sempat ke nak siapkan kerja tertunggak sebelum bersalin ni. Aku tak nak lah orang yang bakal mengganti aku ni susah. Yela sebab itu kerja kita bukan kerja dia jadi yang lebih tau tentang kerja tu mestilah kita.

So kerja yang masih tertunggak dan aku target next week kena siap gak, manalah tau jumpa Dr. Thokha next week dia kata baby dah nak keluar. 

1. HRMIS my big bos + LNPT Manual
2. SKT dan Bajet 2014

Ye, nampak macam sikit je kan kerja nak buat, tapi dia ada ++++ kat belakang tu. Macam HRMIS aku kena kumpul maklumat dari bahagian-bahagian lain, apa dorang punye hasil kerja, kalau tak aku kena berpandu dengan laporan prestasi kewangan yang bahagian kewangan dah bagi jela. Tak boleh nak detail-detail sangat. Sama gak dengan SKT dan Bajet 2014, bos aku minta masukkan berdasarkan peruntukan yang dah turun. Hamik kau keluar semua istilah-istilah kewangan yang zaman dulu memang aku tak pernah tau pun. 

Dulu masa zaman ex bos lama aku, aku tak amik port sangat pasal benda-benda peruntukan dan benda alah lain selain kerja aku sebagai PA, tapi bila dapat bos baru ni, bos aku ni Cepat, Tepat, Sifar Cacat k. So banyak aku dah belajar, even skang aku dah tau ye nak baca report kewangan, macam tak caya je.

Dulu aku ada belajar pi kursus pasal istilah kewangan ni, tapi disebabkan kita tak buat benda tu jadi kita takdelah amik port dan alert dengan benda-benda tu. Tapi sejak aku nak pastikan bos aku punya prestasi nampak gempak dan juga cantik di mata KP aku, jadi kenalah aku mendalami ilmu-ilmu bahagian lain gak. 

Aku anggap ni sebagai pengalaman aku bekerja jadi sok takdelah aku kena dibongak-bongakkan oleh orang lain kan.



0 comments