Ego seorang lelaki dan tabahnya hati seorang wanita

by - 3:23 PM

Hari ini ada cite Khabhi Kushi Kabhi Gham. Kenapa lelaki ego sebab tengok la bapak Rahul macam mana bila isteri dia bercakap tentang jodoh Rahul dan juga masa majlis perkahwinan pengasuh anak dia. Betapa ego dan vetonya bapak si Rahul sampai isteri dia xble nak bersuara langsung.

Tabahnya hati isteri bila bersuamikan orang macam ni. Isteri lebih banyak mengalah kalau nak dibandingkan suami. Rasenye sebab tu la lebih ramai wanita memilih untuk bersendirian walaupun dikatakan wanita yang tidak bersuami tidak mengikut sunnah nabi. Tapi inilah lumrah kehidupan yang sementara. Yang mana kita perlu utamakan dunia atau akhirat yang kekal abadi.

Jadi sebagai wanita dan bergelar isteri kena tabah dan terima semuanya sebab yang ada di dunia ni semuanya sementara. Walaupun dapat suami macam puaka ego tahap gaban saba jelah sebab bila di akhirat esok si suami ni akan ditanya apakah yang telah dilakukan di dunia ini. Bagaimana dia melayan isterinya. Adakah dia berlaku adil terhadap isterinya adakah dia berlaku adil kepada anak2nya. Semua tu akan dipamer dan ditayang di khalayak umum bila di akhirat kelak.

You May Also Like

0 comments