JCard Day AEON Permas Jaya

by - 4:29 PM

Hari ini Jusco Permas mengadakan JCard Day. JCard day kali ini bukan jualan murah yang gile-gile aku pergi macam dulu tapi lebih kepada setiap RM100 yang dibelanjakan boleh ditukarkan dengan baucar sebanyak RM10

Tapi kalau kita membeli belah di supermarket atau item multimedia kita tak layak untuk tukar baucar. Bagus juga dia buat macam tu. Patutlah aku tengok macam tak laku je jualan murah kali ni. Kalau tidak aku kena berebut troli dengan pemborong-pemborong yang tamak haloba borong pampers dan susu kemudian tukar baucar. 

Kalau pemborong gile datang katanya boleh belanja sampai dekat RM5000 ke RM10000 sekali belanja. Sebab tu kalau dia buat sale yang melibatkan supermarket mesti dia hadkan setiap perbelanjaan tidak boleh melebihi RM3000. 

You May Also Like

0 comments