Tips Pujuk Anak Tidur Bagi Kanak-Kanak Umur 2 Tahun

Tips ni aku gunakan untuk diri aku sendiri sebab aku baca macam-macam cara untuk pujuk anak aku agar tidur sendiri. Setiap kanak-kanak ada cara tersendiri untuk tidur. 

Macam anak adik aku Ayish dia sangat senang pujuk diri dia sendiri untuk tidur. Dia mengantuk je dia terus tidur sendiri, tak kira waktu tidur siang atau tidur malam.

Tapi beza dengan anak aku sebab anak aku kalau tidur siang mesti nak tidur kat buai dan dia sangat suka tahan mata dia dari tidur sebab dia dalam fasa nak bermain sahaja. Dia akan tidur selepas mengarok dengan dasyatnya dan mata dia dah tak tertahan untuk tidur lagi masa tu lah takde buai pun dia akan tidur juga.

Jadi ini tips yang aku gunakan waktu malam. 

1. Buat rutin untuk dia, sebelum tidur mesti kena gosok gigi dan salin pampers. Kemudian buatkan susu untuk dia. Aku pastikan Husna dah berada di bilik tidur sejam sebelum dia tidur. Contoh kalau nak dia tidur pukul 10, jadi pukul 9 malam dah letak dia dalam bilik tidur.

2. Berbual dengan dia dan layan dia bercakap. Ye anak saya sangat suka berbual sebelum tidur, dia akan bercakap tanpa henti. Dia tanya soalan dan kemudian dia akan jawab soalan, layan kan je.

3. Menyanyi kan lagu favourite dia, skang lagu favourite dia 'Bangau oh Bangau' dia akan nyanyi sama-sama.

4. Usap kepala dan badan, dia akan request aku untuk garukan kaki dia katenye ada nyamuk tapi sebenanya dia nak kita pegang dia je.

5. Bacakan doa sebelum dia tidur ini wajib. Aku biasakan bacakan surah-surah pendek sekali sebelum tidur.

6. Zikirkan untuk dia perlahan-lahan sampai dia terlena. 

InsyaAllah sejam selepas langkah-langkah di atas dia akan lena dibuai mimpi indah. Macam aku cakap setiap kanak-kanak caranya lain. Jadi bagi aku inilah cara aku menidurkan anak aku yang sorang tu.


0 comments