Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak


Dah lama nak posting pasal benda ni tapi asyik lupa je. Ini adalah panduan buat sahabat di luar sana yang berniat nak ambil Cuti ni.



Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 Tahun 2010
Kelayakan

6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:

6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;

6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan

6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

7. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut:

a. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang dilayaki; dan
(contoh macam aku lah, aku ambil maksimum cuti bersalin bergaji penuh iaitu sebanyak 90 hari)

b. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
(yang ini bagi mereka yang sudah kehabisan cuti bersalin bergaji penuh)

c. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan di perenggan 7.1 (a) dan (b) di atas; atau

d. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
(yang ini penting, untuk pengetahuan kalau kita kembali bekerja atau mengambil cuti rehat automatik cuti tanpa gaji akan terbatal)

Untuk pengetahuan penjawat awam juga 

9. Cuti Bersalin Separuh Gaji dan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.

10. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan 6, 7 dan 8 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sepertimana yang diperuntukkan dalam perenggan 54.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin Tanpa Gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.

15. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

15.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini;

15.2 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan;

15.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai;

15.4 bagi pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, kelayakan kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakan sebelum ini hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini
seperti contoh di Lampiran B; dan

15.5 Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998.

Ini pula adalah penambahbaikan berkenaan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji)



Pekeliling Perkhidmatan Bil.5  Tahun 2014

Kelayakan

5. Terdapat dua jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak, iaitu Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.

6. Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut:

(i) terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin; dan
(ii) tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.

7. Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut:

(i) melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai:
(a) anak kandung;
(b) anak tiri tanggungan;
(c) anak angkat de facto;
(d) anak angkat; dan
(e) anak pelihara.
(ii) tempoh dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; dan
(iii) tempoh di perenggan 7(ii) dikira sebagai sebahagian daripada tempoh lima (5) tahun yang diperuntukkan di perenggan 6(ii) di atas.




3 comments

  1. As salam...
    Saya nak tanya, kalau kt ambil cuti tanpa gajimenjaga anak ni automatik cuti rehat yg kitaada tu burn ke? Tak boleh carry forward ke tahun berikutnya yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti Rehat kita tak burn dia akan simpan sampai kita sambung naik cuti balik. Cuma cuti tahunan tu memang takdelah untuk sepanjang tahun kita bercuti tu.

      Delete
    2. Radin Aden, cuti tahunan tu yang mcm mana ya?
      xbrapa paham

      Delete