Day 259 CTG

Rutin harian jadi suri rumah sama sahaja setiap hari kalau semua kerja da siap, Aku bawalah anak-anak ke playground untuk bersosial dengan budak lain.

Husna sekarang dah mula dengar kata. Aku dah tak lagi menggunakan konsep tengking2 macam dulu. Lebih guna jelingan yang mana dia pun mula tiru kalau dia marah. Waktu tidur pun aku tak perlu struggle macam dulu. Kalau terpaksa baru dia tido buai kalau dia dah mengantok sangat memang tido kat bilik. Husna juga da pandai ikut solat. Sebab selalu tengok Habib dia solat.

Humaira pula sekarang amat attach dengan Umi dia. Maybe dia melalui fasa separation anxiety. Jadi sekarang ni Aku buat apa-apa memang mendukung humaira sahaja. Dia gak da pandai main motor kakak dia n gerakkan sendiri pakai kaki dia. Sekarang pun dia amat bersemangat untuk memapah tapi masih takut sekiranya kita suruh lepaskan tangan. Tidur malam dia sudah pandai mengempeng. Kalau ikutkan Aku da janji dengan diri sendiri taknak bagi dia mengempeng tapi macam susah je.

Setakat ni jelah yang Aku ingat nak tulis. Walau pun hari-hari mengadap anak-anak kadang-kadang tak tahu nak gunakan ayat apa dan istilah untuk perkembangan dorang ni.

Cuma apa yang Aku nampak sekarang husna Dan humaira membesar cara berbeza. Ada yang kata humaira nampak lagi nakal dari husna. Tapi pada aku husna nakal cara biasa kanak-kanak dan bukan nakal lain.

0 comments