Tinggi Gelap Hensem vs Kpop

Credit To comicvine.com

Disebabkan isu ni sangat hangat trending dan diviralkan kat facebook jadi aku pun nak tulis la sikit pandanganku berkenaan isu ini. Aku pun peminat kpop tapi lebih kepada drama dan movie bukan lagu. Kalau tanya aku artis korea yang aku kenal hanyalah wonder girls dan superjunior jelah yang aku kenal kot.

Mr. Bear orangnya tinggi, hensem la juga tapi dia putih so dia kpop campur orang melayu sikit campur arab sikit hahahaha arab sejati la Mr. Bear tu.

Aku tengok juga video yang diperkatakan berkenaan gadis-gadis peluk abang kpop tu. Memang ternyata bukan salah artis dan bukan salah penganjur. Memang salah gadis tu sebab nampak sangat begitu teruja nak peluk lagi. Kalau tengok dari video tu pengacara dia siap tarik tak bagi peluk lagi.

Nak kata lebih-lebih tak boleh sebab aku pun ada anak dara dua orang yang tak tahu bakal membesar dengan entertainment apa pasni. Tapi yang pasti gadis sekarang memang tiada segan silu lagi memeluk orang bukan muhrim. Macam dah biasa je dik, ahaks =0 

Nak salahkan mak bapak? Pun tak boleh juga sebab dorang dah besar dah boleh fikir sendiri buruk baik. Mak bapak dah bagi didikan yang cukup sekarang tiba masa untuk mereka pula buat keputusan.

Rasanya ini bukan pertama kali gadis islam kita diperkotak katik kan begini. Sebelum ni tentang isu komen gadis kita terhadap pemain bola yang hensem negara mana aku tak ingat, pun sama orang siap cakap negara kita negara ramai islam, mengamalkan cara hidup islam namun tidak menunjukkan malu dan maruah seperti orang islam dengan meletakkan komen-komen kepada lelaki bukan muhrim secara terbuka. 

Terasa seperti ditumbuk sekali kat muka. Dushh...

Ok tu sahaja komen aku. Selamat berkpop ahaks.

0 comments