Optimistic Vs Pessimistic Mother

by - 4:03 PM

Saja je nak share kalau korang nak tahu korang jenis mak yg mana?




Situasi 1 : Anda melihat anak anda menconteng dinding ruang tamu anda.

Optimist 

Warnanya semua salah tapi tak sangka kreatif anak aku. Semestinya ikut mak ayah dia ni kreatif ni. Mungkin bakal jadi Picasso ni.

Pessimis 

Ya Allah apa kamu buat ni nak abis dinding baru mak nak. Pi duk mengadap dinding sana. Denda sebab conteng dinding.




Situasi 2 : Anda telah bersiap dengan baju baru yang cantik sekali anak anda muntah atas baju anda.

Optimist 

Haa ini barulah nampak macam mak-mak. Harumnya bau muntah ni.

Pessimis 

Nak shopping pakai baju cantik-cantik memang tunggu umur anak-anak 21 la gamaknya. Kenapalah susah-susah nak pakai cantik-cantik. Buat penat je pakai lawa-lawa macam ni.



Situasi 3 : Anak-anak ketuk pintu bilik di saat kita baru nak manja-manja dengan suami

Optimist 

Sorry sayang anak-anak nak berkepit je dengan saya. Sayalah mak paling best kat dunia ni.

Pessimis 

Oh anak ku bagilah chance kat mak dan pak hang oiiii





Situasi 4 : Anda menghantar anak anda ke playschool untuk 3 jam untuk mereka belajar dan berseronok-seronok

Optimist 

Kenapalah awak kena pi sekolah sayang. Mak akan tunggu awak depan pintu selama 3 jam ni ok. Nasib baiklah 3 jam je sayang.

Pessimis 

Kenapa 3 jam je??

Situasi 5 : Anda nampak ada air keluar dari bilik air dan anda mendapati air telah membanjiri lantai bilik air anda dan anak mendapati rupanya anak anda telah memasukkan mainan ke dalam lubang tandas anda.

Optimist 

Memang dah tiba masa pun tandas ni dipam oleh pihak perbandaran. Terima kasih nak kerana bagi mak sebab untuk panggil dorang.

Pessimis 

Apa dah jadi dengan bilik air ni nak oiii. Ingat murah nak repair lubang tandas ni. Pitam mak nak

Situasi 6 : Makanan atau minuman paling sedap dan mahal anda pernah makan tumpah ke lantai sebelum sempat anda menjamahnya.

Optimist 

Takde rezeki namanya nak takpelah.

Pessimis 

Nangis tepi bucu katil sambil sebut "Batu Belah Batu Bertangkup Makan La Aku Telah Lah Aku. Aku Kempunan ........."










You May Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. dia bole jd2 dua kan hahahah tak semua kita optimis dan tak semua pessimis sgt hahaa

      Delete