Setiap Ujian Ada Ganjarannya

by - 9:52 PM

Sebak pula rasa. Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza cuma antara kita sedar dengan tidak sedar je. Ada yang diuji dengan pasangan, ibu bapa, anak, adik beradik, kewangan, pekerjaan, kenderaan, tak dapat berak (tu pun ujian juga ye).

Dan bila saat diuji ni lah kita akan berada di persimpangan antara rasa Allah tak sayang aku ke atau bersyukurnya Allah uji aku untuk ingatkan aku.

Di saat ini kami diuji duduk berjauhan dan ada lah ujian lain yang berat nak dikongsi. Cuma mampu rasa geram, marah dan macam-macam perasaan bercampur baur dengan orang yang ambil kesempatan ke atas kebaikan orang dan tak reti nak bersyukur dan berterima kasih. 

Aku percaya setiap ujian ada ganjarannya. Sabar wahai hati sabar tika kamu diuji. Kalau sumayyah boleh sabar saat suami dan anaknya dimasukkan ke dalam kuali panas takkan aku tak mampu sabar dengan ujian kecil ni. Kalau orang lain mampu sabar saat suami dan anak sakit bertarung nyawa takkan aku tak mampu sabar dengan ujian kecil ini. Semoga hati tabah mengharungi ujian ini.




You May Also Like

0 comments