Doctors

Secara jujur memang ketagih tengok cerita ni.



Sinopsis

Mengisahkan seorang gadis bernama Hye Jung yang kematian ibu di waktu kecil dan membesar dengan ayah dan ibu tirinya. Dia membesar menjadi seorang gadis yang memberontak kerana kurang kasih sayang dan perhatian. Pada satu hari disebabkan ayahnya tidak tahan dengan perangainya, dia telah dihantar untuk jagaan neneknya. Disitulah dia berjumpa dengan En. Hong yang merupakan guru kelasnya sendiri dan En. Hong merupakan seorang doktor yang berehat sebentar untuk menjadi tenaga pengajar sementara di sekolah perempuan di situ. En Hong menyewa di rumah nenek Hye Jung dan dari situ timbul perasaan yang En. Hong sendiri tidak sangka akan berlaku di antara dia dan Hye Jung. Atas cabaran En Hong Hye Jung berjaya menjadi pelajar yang mempunyai keputusan matematik terbaik di sekolah dan ini mengundang perasaan yang tidak gembira buat kawan baru nye. Makanye tunggu jela apa akan jadi pada episode seterusnya. Adakah dia akan kawin dengan Encik Hong? Adakah hubungan dia dengan ayahnya akan pulih? Adakah hubungan dengan sahabatnya juga akan pulih? Misteri sangat cerita ni tak terungkai dek otak.


0 comments