Tafsiran Dokumen Terperingkat

Ini adalah untuk panduan aku dan juga kawan-kawan yang nak tahu jenis-jenis dokumen terperingkat ni. Setakat ni aku pernah tengok sampai Sulit je, yang ke atas kalau nak tengok kena pergi kursus tapisan halus dulu. Ada yang cakap PA kena pi kursus tapisan halus tapi sampai sekarang tak dipanggil-panggil kursus jadi hadap dengan tangan terbuka jelah kalau dia suruh tengok. Jangan sampai kena tangkap sudah -___-

RAHSIA BESAR 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. 

RAHSIA 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. 

SULIT 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan Kerajaan atau individu atau menyebabkan keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan keuntungan kepada kuasa asing. 

TERHAD 

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi perlindungan keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai Terhad. 

0 comments