Kod Pakaian ke Majlis Perasmian Dewan Negeri Johor oleh Sultan Johor

Contoh Pemakaian Baju Istiadat

Contoh pemakaian Teluk Belanga Songket Hitam Benang Emas

Minggu ni dewan da mula bersidang (bukan tok sidang k)

So semalam aku dah remind my boss jangan lupa ye protokol pakaian ada sultan ni.

Kena pakai :

1. Pakaian istiadat bagi yang berhak memakainya (lelaki dan wanita)

2. Bagi dif yang tidak layak memakai pakaian istiadat :

Bagi dif lelaki melayu

~ Baju Melayu Telok Belanga
~ Kain Samping Hitam Benang Emas
~ Songkok Hitam Baldu
~ Stokin Hitam
~ Sepatu Hitam

Bagi dif wanita melayu

~ Baju Kurung Telok Belanga sebarang warna
~ Bersepatu
~ Bertudung kepala

Bagi dif lelaki bukan melayu

~ Lounge Suit Hitam
~ Kemeja putih lengan panjang
~ Tali leher berwarna gelap
~ Stokin Hitam
~ Sepatu Hitam

Bagi dif wanita bukan melayu

~ Sopan dan pakaian hormat kebangsaan masing-masing

Darjah dan pingat hendaklah dimounting kan ia berlapik dan tidak disemat sebiji-sebiji di dada

Bagi yang pakai baju istiadat mestilah memakai kastu yang digelar Legen atau kasut yang lebih tinggi melebihi buku lali



Haa nampak tu protokol pakaian camna ni khas untuk majlis perasmian time sultan rasmikan sahaja.

0 comments