Secret Garden Episod 2

Kali ni GRi berharap tidak berjumpa dengan JW lagi. JW pula marah sebab GRI menolak pelawaan dia nak hantar dia balik. Oska pula tak habis2 dengan isu Park Chae Rin punya gambar. Dan JW mengugut Oska kalau Oska nak gambar tu dia perlu buat sesi pertemuan dengan peminat di shopping complex mereka. So Oska pun buat juga sebab da terpaksa rela. 

Dalam situasi lain JW masih bengang dengan pakciknya Direktor Park yang tak sudah2 cuba memboikot dia. JW juga asyik terbayangkan wajah GRI di mana-mana sahaja dia pergi. Di rumah di tempat kerja kat mana-mana je. Maka salah satu cara untuk dia tidak berfikir tentang GRI ialah dengan menyebut 'Kim Soo Han Moo Turtle and Crane,3000 times 60 (nama yang agak panjang bagi membolehkan seorang budak itu hidup lama). JW juga mula berfantasi tentang GRI dengan pelbagai pose yang menarik. Walaupun dia cuba menafikan sekeras-kerasnya bahawa GRI itu bukan ideal type yang dia minat tapi dia asik terfikirkan GRI, pada JW ideal type woman dia ialah bijak, sexy, anak kepada seorang yang kaya dan berumur bawah 24 tahun. Sekarang JW merasakan diri dia da gila sebab asik memikirkan GRI.

Kemudian JW minta dengan Oska nombor telefon GRI tapi Oska kata dia mana ada nombo GRI dia sebab dia jumpa GRI sekali, jadi JW umpan Oska dengan menggunakan Park Chae Rin, Oska ingat JW nak cari park chae rin untuk uruskan gambar skandal dia so dia bagi jela nombor Park Chae Rin pada JW. 
So setelah jumpa Park Chae Rin, PCR ingat JW minat kat dia padahal JW nak nombor GRI dari dia. Pandangan JW pada GRI, bila GRI pandang bawah dia nampak seperti gadis genit, bila dia pandang atas mata dia bersinar2, rupa seorang wanita yang sukar dilupakan. dan sebagai balasan dia bagitau di mana Oska berada.

Maka setelah berfikir panjang akhirnya JW membuat keputusan untuk menghubungi GRI tapi GRI tak layan sebab masa itu ada audition untuk pegambilan stunt baru. Disebabkan GRI tak layan JW so JW pun pergi ke action school tempat GRI bekerja. Dan disebabkan dia tak boleh jumpa GRI secara saja2 so dia terpaksa mengikuti audition tersebut. Ketika sedang menunggu giliran dia merenung GRI dan berfikir, 'Perempuan ini, bukanlah seperti perempuan lain yang pernah kutemui yang selalu menembusi pemikirannya dan menyakiti egonya. Namun perempuan yang duduk di depan hadapanku ini yang selalu berlegar-legar di difikiranku ini adalah perempuan yang lebih hebat. 

Maka setelah tiba giliran JW, GRI terkejut sangat kenapa JW memasuki audition tu sebab dia tak bawa resume kemudian dengan bangga kata kalau aku bawa resume aku kamu semua akan terkejut besar tengok betapa besarnya kelayakanku. Director Lim bengang kemudian bertanya, habis kenapa kau datang? JW jawab sebab perempuan di sebelah kau, yang aku nak jumpa tapi dia taknak jumpa aku. Semua staf kat audition tu memandang GRI serentak.

"Kalo kau datang bukan untuk audition", kata GRI

"Kau buat apa lepas ni, aku nak bercakap sesuatu dengan kau", JW memotong kata GRI

"Kalau kau datang bukan untuk audiion", GRi kata lagi.

"Audition aku sekarang, apa yang perlu aku buat?, jawab JW

"Apa keistimewaan kau?', senior GRI tanya

'Aku pakar buat duit', jawab JW

Maka mereka semua pun bersetujulah kata dorang.

"Baguslah kalau kau boleh buat banyak duit, tapi benda tu kami tak boleh sahkan kesahihannya maka bolehkah kau tunjuk sesuatu yang kami boleh lihat.

'Aku memang bagus dalam buat duit, (sambil mengeluarkan beg duit), untuk makluman semua, hobi aku adalah menghabiskan duit.'

So dengan serta merta senior GRI meluluskan JW. Masa tu bengang gile GRI. Kemudian GRI menerangkan perkara sebenar kepada Director sebab dia tak nak director tu salah paham.

"GRI dia seorang lelaki, dan kau seorang perempuan yang menarik, jadi tiada apa yang perlu kau terangkan lagi, aku paham.' jawab director tu.

Nampaknya staf2 kat situ semua menyukai sikap JW yang straight forward tu. pastu GRI jumpa JW dan tanya kenapa dia menggangu hidup dia lagi. Adakah JW itu takde kerja dan menganggur. GRI masih tanya lagi kenapa kau datang sini, JW jawab kan aku da bagitau untuk jumpa kau lah. Pastu JW menggunakan alasan GRI berhutang dia bil hospital la. 

'Apa yang membuat kau perempuan yang aneh adalah kau nampak lagi cantik kalau marah.' kata JW

Merah muka GRI bila JW cakap macam tu, kemudian JW menyelak baju GRI untuk melihat luka yang GRI kena aritu.

"Kalau kau jawab soalan aku tadi, aku takkan buat macam ini', kata JW

GRI pelik kenapa JW begitu ambil berat pasal luka dia, padahal mereka tiada kena mengena antara satu sama lain.

"Nampaknya luka itu meninggalkan parut yang besar, tak boleh lah kau memasuki ratu cantik korea.'

'Itu saja untuk hari ini, kita jumpa lagi esok, aku takkan biarkan kau ada sebarang parut. Datang ke hospital tempoh hari dan telefon aku dulu.

Kemudian JW pun berlalu pergi sebab ada appoitment. Tak sangka dia kan bertemu janji dengan perempuan yang sama lagi untuk blind date. Kali ni dia kate dia menggunakan keluarga belah ayahnya pulak.

Keesokan harinya GRI terpikir lagi kata-kata JW. kemudian sunbae dia trick GRI dan menelefon JW menggunakan telefon GRI. Dia menyuruh JW datang ke action school sekarang juga. Ketika tu JW tu sedang mesyuarat so suma orang pun pandang dia. So JW tersenyum sorang-sorang sambil tengok henpon dia, padahal masa tu dia tengah mesyuarat masa dorang bentangkan paperwork dia terus cakap 'Its that the best you can do?'  dan terus setuju walaupun dia tak dengar semua apa yang dorang cakap. Kemudian JW mencadangkan untuk sponsor skola action buat penggambaran kat shopping complex tu. 

Kemudian JW rushing ke action school dan buat aktiviti yang seorang stunt baru kena wat. Dia kena main volleyball dan GRI mencabar dia untuk menang. So lepas perlawanan tu dorang balik ke action school. Kemudia dia bergaduh2 dan bergolek2 kat lantai antara JW dan GRI tapi tak sangka masa tu Ah Young pun masuk dan dia terkejut tengok JW dan GRI. Kemudia Ah Young mengadu dengan GRI yang dia dibuang kerja. Kemudian JW terkejut sebab Ah Young kerja di shopping complex dia. Ah young mengutuk2 presiden shoping complex tu tanpa mengetahui bahawa JW presiden yg dikutuknya. Kemudian setelah GRI naik atas, JW cakap aku lah orang yang kau kutuk tu ye aku lah lelaki jahat yang kau cakap tadi, terkejut gile Ah Young, mula2 dia tak cam tapi lame2 dia tengok 'Memang kau orangnya' Kemudian JW cakap kau tak patut cakap aku gay dan orang tak guna depan GRI kau tau. Dan dia minta Ah Young rahsiakan identiti dia sebagai Presiden tu.

Kemudian JW balik dan jumpa Oska kemudian dia tanya pernah tak Oska keluar dating dengan perempuan miskin. Sebab dia rasa pelik kenapa dia boleh suka dengan perempuan macam GRI tu dan adakah salah kalau dia kua dating dengan orang macam tu.

Kemudian esoknya ketika buat penggambaran di shopping compleks JW, GRI asik kena marah je dengan direktor tu mengatakan dia buat salah dan macam-macam lagi padahal GRI kena melompat dari tingkat 5 dan berkali-kali dia kena ulang scene yang sama. Park Chae Rin pulak dengan bangga ketawakan GRI. GRI pulak tak habis2 minta maaf. Masa tu la JW keluar menonjol bahawa dia lah presiden shopping kompleks tu. GRI terkejut besar sebab dia tak sangke shopping kompleks tu JW yang punya. Mata JW tak pandang tempat lain dia pandang straight pada GRI je masa tu. Kemudian direktor tu menyibukkan diri konon tak payahlah Presiden tu susah2 turun padang ngok. 

"Aku tengok dari mula lagi penggambaran ni dan aku sangat marah dan tidak boleh tahan lagi kemarahan aku' kata JW

pastu Direktor tu membodek2 la kata tima kasih sbab bagi tempat pengambaran tu dan tak tau macamane nak ucap terima kasih.

'Kalau kau tak tau biar aku tunjukkan' kata JW sambil tarik tangan GRI

'Berhenti menengking pada GRI. Dan kau juga menolak dia ketepi tadi. Kau tak patut buat macam tu. Pada aku orang ni sama macam Kim Tae Hee dan Jeon Do Yeon. Dan aku merupakan peminat GRI.' 

Direktor dan suma orang kat situ terkejut.. Maka berakhirlah episod 2 ni.

Bersambung ke episod 3 ye...

0 comments