Secret Garden Episod 3



Di kompleks KJW dengan selambanya cakap kepada director bahawa dia adalah peminat GRI dan membuatkan ramai yang terkejut. Sebab ini merupakan perakuan secara terang-terangan yang dia menyukai GRI. Kemudian JW belanja kesemua krew production makan di salah sebuah kedai di kompleks dia. GRI masih lagi terkejut dengan pengakuan KJW yang merupakan pemilik kompleks tersebut dan masih cuba menerima hakikat KJW sememangnya kaya seperti yang dia selalu cakap (GRI ingat KJW cakap kosong je). Kemudian KJW menarik tangan GRI dan berkata kepada semua krew production bahawa dia ingin meminjam GRI sekejap dan membawa GRI ke tempat yang lebih privasi. Ini membuatkan krew production semua cakap OOooooohhhhh (dan menyebabkan Chae Rin bengang gile).

Dan macam biasa KJW kalau tak sediakan hidangan yang extravanganza memang bukan dia lah dan siap cakap yang dia da tanya Ah Young apa yang GRI suka makan dan Ah Young cakap kuantiti lebih penting dari kualiti makan tersebut (menyebabkan GRI malu sebab seolah2 dia kuat makan tapi dia tak tunjukkan). Kemudian KJW tarikkan kerusi untuk GRI macam seorang gentleman tapi GRI tarik kerusi tu balik sebab dia tak percayakan KJW. GRI berlagak seolah-olah dia tak perlukan layanan dari seorang lelaki gentleman tapi KJW membuat andaian mungkin sebelum ni tidak ada lelaki pernah tarikkan kerusi macam tu untuk GRI.

JW berfikir mungkin setelah status dia anak orang kaya yang membuatkan keadaan lebih berbeza berbanding sebelum GRI tahu dia anak orang kaya. Sekarang dia nampak lebih hensem dan penting (Even dalam situasi ni KJW ingat GRI mesti fikir, Ah! baju tracksuit yang aku pakai tu memang mahal, aku rasa bersalah pulak). KJW memang gila betul dengan tracksuit labuci tu. 

Masa kat meja makan tu gak, GRI tanya kenapa ada lilin kat sini (sebab KJW siap pasang lilin kat meja makan tu) GRI kata 'Kau nak berdoa ke, pasang lilin ni? Kalau tak padam' kemudian GRI amik sudu atas meja tu dan padam lilin tu satu-satu. KJW ternganga dengan tindakan GRI dan jawab 'Lilin di meja makan adalah satu kemestian, aku dibesakan dengan adat meja makan macam ni.' kemudian dia hidupkan balik api kat lilin tu.

Kemudian masa di meja makan GRI cakap dia setuju dengan statement KJW yang mengatakan dia nampak cantik kalau marah, jadi dia kata dia akan berhenti marah. Dan menyuruh dia jangan datang ke action school tu lagi, kemudian dia bangun dan meninggalkan KJW di meja tu sorang2.

Kemudian GRI datang ke restauran yang krew2 tadi makan tapi dia dapati restoran tu dah kosong, kemudian dia baki nasi yang krew tadi tinggalkan. KJW yang ikut dia dari belakang dengan marah merampas mangkuk nasi tu. Dia tak paham dengan tindakan GRI, kemudian GRI jawab yang dia tak selesa dengan semua layanan extravaganza yang KJW sediakan untuk dia. Untuk mereject KJW secara terang-terangan, GRI meletakkan not 40000 won di atas meja (dengan menghentak atas meja). Dia kata itu adalah bil untuk makan dan juga bil hospita, supaya mereka tak perlu jumpa lagi (Sebab dia rasa KJW asik kacau dia mungkin kerana dia berhutang dengan KJW).

GRI pun jalan balik, kemudian KJW cakap yang dia nak GRI berhenti cakap 'Maafkan saya' sebab GRI tak sudah-sudah cakap maafkan saya untuk semua aksi2 yang producer dia memang tak amik port pun. Kemudian GRI jawab yang itu adalah periuk nasi dia, kerja dia. Tapi terima kasih kepada KJW sekarang semua orang ingat yang dia kawan dengan orang kaya dan menyebabkan dia perlu cakap perkataan tu dengan lebih kerap lagi. GRI cakap 'Kau ingat kita hidup di alam fantasi? Ingat semua meja di rumah2 orang seperti aku dihiasi dengan bunga dan lilin setiap kali nak makan?' Dia menyuruh KJW menjauhi dia dan jangan dekat dengan dia pun. 

Seperti yang dijangka, bila dia balik semula ke set, semua krew production memuji dia ada 'kabel baik punya' dengan orang atasan dan mengucapkan terima kasih di atas makan tengahari yang diberikan. Malah direktor yang duk marah2 dia tadi pun duk puji2 dia dan cakap dia tak datang pun xpe dan suruh Chae Rin buat sendiri stunt dia. (Kaki kipas punya direktor).

Direktor Joong Soo plak tak berapa suka dengan perkara yang terjadi di shopping kompleks tersebut - terutama sekali part bila KJW mula menunjukkan minat yang bersungguh pada GRI. Masa dia buat wall climbing untuk hilangkan rasa bengang dia dengan KJW.

Oska plak dapat panggilan dari LOEL department store (kompleks KJW la tu) - yang satu kempen poster pergi bercuti dengan Oska telah ditampal di LOEL department store. KJW tak bincang pun tentang isu ni dengan dia, kemudian dengan perasaan bengang dia menyerbu rumah KJW dan nak tanya KJW sendiri.

Kemudian KJW cakap dengan sepupu dia supaya bertenang, kerana nanti akhirnya Oska akan bersetuju dengan cadangan dia juga. Oska mendengus dan menahan marah konon tunjuk protes dengan KJW dan menyuruh manager buat music video dia kat tempat lain sebab da bertindih dengan promosi bercuti dengan Oska. 

Oska bukan jenis yang berperangai buruk tapi memang dah sifat semula jadi dia seorang pelanggan yang sangat demand. Dan kua dalam akhbar yang menyatakan dia akan melatih seorang protege baru (ala2 mentor la ni). pastu dia paksa manager dia cari penyanyi yang selalu menyanyi kat kelab yang dia selalu lepak tu. (peh parah pening mana nak cari orang yang tak tau sapa nama and rupa cuma Oska je yang tau, memang penyaba manager dia ni)

Kemudian pada malam berikutnya KJW dengan selamba masuk ke rumah Oska, masa tu Oska tengah mengayat seorang awek ni (Dorang ni memang masuk rumah tak bagi salam terus masuk je tak kira la ke uma Oska atau uma KJW). Kemudian KJW tanya Oska, pernah tak Oska date dengan perempuan yang duduk dalam pondok macam dalam National Geography tu, kemudian perempuan yang tiada pelajaran yang tinggi dan dia seorang yang ganas. KJW dah macam budak kecik yang sangat2 curiga dengan dunia baru. Kemudian dia tanya lagi 'Kau pernah tak kena pukul dengan perempuan tapi kau suka? kemudian kau rasa kau tak kisah kalau kau kena pukul lagi dengan dia dan berharap dia akan pukul kau lagi?' Oska terpikir benda lain, dia ingat KJW tengah cakap pasal benda2 lucah hahaha KJW kemudian balik semula ke rumah dia dengan soalan yang belum berjawab lagi.

Kemudian keesokan harinya Director Jong Soo melawat KJW kat opis dia dan nak respon kepada kesudian KJW bagi produksi tu buat shoot kat situ dan benda pertama yang dia cakap 'Kau nampak lebih baik dalam suit ni berbanding tracksuit yang kau selalu pakai tu' Kemudian KJW balas balik 'Kau nak cakap yang aku nampak tak segak dalam tracksuit?' 

Kemudian Director Jong membangkitkan isu tentang dia belanja semua orang makan dan memberi amaran kepada dia cakap kacau GRI lagi, sebab masa depan GRI masih cerah dan dia sangat berbakat dalam bidang stunt. Kemudian KJW bersetuju, tapi menambah yang dia hanya nak menolong GRI - sebenarnya dalam erti kata lain Director Jon jangan kacau KJW gak la. (berebut cara lelaki lar, may the best man win)

Kemudian Seul sampai di tempat OSka tapi dia cuma jumpa manager dia je, yang mana manager dia tak berkenan langsung (sebab dia tau cite tentang Oska n Seul ni). Dia kata kan dia da reject proposol Seul nak jadi direktor MV Oska dengan mengatakan mereka da jumpa direktor untuk Oska dan cakap dengan Seul jangan datang jumpa Oska lagi.

Kemudian Seul telefon memberi dia untuk tau siapa yang bertanggungjawab untuk MV Oska kemudian KJW pun datang. Seul tak abis2 pujuk KJW untuk pergi date dengan dia tapi KJW wat dek je. KJW minta diri sebab sekarang ni otak dia masih tengah berserabut tentang GRI dan asik tenung duit yang GRI bagi. Kemudian dia telefon doktor dia minta bil GRI. Doktor dia cakap kau ingat aku ni setiausaha kau ke? aku ni doktor psikiatri ko je k.

Ketika GRI dalam perjalanan ke bus stop, dia ternampak poster Jeon Do Yeon dalam salah satu iklan kosmetik. Dan tiba-tiba dia terfikir kata KJW yang menyamakan dia sama macam Jeon Do Yeon, GRI sebenanya bangga gile bile KJW cakap macam tu dan mulalah meniru cara Jeon Do Yeon pose. Kemudian tiba-tiba dia rasa macam mengong plak tapi last2 dia tunduk kepada poster Jeon Do Yeon dan minta maaf sebab meniru gaya poster tu pose. 

Seperti biasa KJW muncul di action school dan pakai baju tracksuit corak pelik dia (kali ni corak harimau bintang plak). Dia bagitau kat GRI yang dia datang bukan untuk jumpa GRI tapi untuk collect hutang dia. Dia kata orang kaya kat dunia ni merupakan orang paling kedekut sekali, dan dia tunjukkan pada GRI bil hospital dia berjumlah 45,000 Won. Oleh itu GRI sebenanya masih hutang dia 5,000 Won lagi. GRI dengan senang hatinya nak bayar je baki yang ada tu dan menyahkan dia dari pandangan dia, tapi dalam dompet dia hanya ada 3,000 Won je dan dia kata dia akan bayar yang selebihnya kemudian. Biasalah KJW dia takkan lepaskan GRI macam tu je dan buat GRI lagi marah dan menyebabkan GRI lagi marah. (padahal GRI da kata dia takkan marah dengan KJW lagi).

Kemudian masa GRI meninggalkan loker dia, GRI tak perasan yang loker dia terbuka dan KJW mengambil peluang yang ada ni untuk ngok loker GRI, kemudian dia ternampak gamba GRI yang mana KJW sangat comel. Dan tiba-tiba dia ternampak gamba Oska tengah pose untuk iklan seluar jean dengan seorang awek ni (tapi muka awek tu ditampal gamba GRI).KJW tiba-tiba rasa jeles yang amat sangat dan koyakkan gamba tu (masa ni dia nampak comel sebab rasa jeles). Kemudian dia tengok lagi kat dalam loker GRI tu dia nampak gamba GRI dengan ayah dia, kemudian bekalan buat banyak sangat, kemudian dia ternampak alat2 kosmetik GRI yang tak berapa banyak tu. Menarik (itu kata KJW la, sebab dia tak pernah jumpa perempuan macam GRI ni kan).

Selepas tu GRI mengarahkan anak2 buah dia melakukan senaman bangun duduk, KJW sengaja taknak stuntman lain pegang kaki dia dan dia komplen cakap GRI yang dia perlukan seseorang pegang kaki dia dan kata GRI pilih kasih dengan anak2 buah dia. GRI yang rasa menyampah duduk dekat kaki GRI dan suruh dia diam dan teruskan buat senaman bangun duduk tu. 


GRI suruh KJW buat betul2 sebab KJW buat macam main2 sebab dia macam angkat kepala dia sampai dada je tak sampai kat lutut dia pun tapi KJW cakap 'Kau jangan menyesal kalau aku buat betul2 k'. Kemudian dia buat demo apa yang akan buat GRI menyesal dan buat sit up macam biasa yang mana membuatkan muka dorang dekat gile macam nak bercium dah. GRI tutup mata sebab tak selesa dengan apa yang KJW buat, KJW pula suka gila dapat buat macam tu sebab dia dapat ngok muka GRI dengan dekat setiap kali dia buat sit up tu. (Aksi ni buat semua anak2 buah dia tiru n macam mengejek2 GRI) 


Kemudian KJW cakap dengan GRI, 'sejak bila GRI jadi secantik sekarang ni?', GRI yang bengang lepaskan kaki KJW dan tendang kaki dia. kemudian kat atas bumbung dia tanya KJW kenapa kau asik muncul je depan aku, kau suka aku ke??

GRI perasan yang KJW tak bleh jawab secara direct dan KJW jawab dengan kata tidak dalam nada yang panjang dan flat. KJW kata benda ni tak masuk akal dan boleh buat dia jadi gila, dia didampingi ramai perempuan cantik yang tak sabar2 nak kawin dengan dia. Tapi GRI, takde satu pun ciri2 macam perempuan2 tu. Kemudian GRI tanya 'Jadi kenapa kau masih ikut aku?' KJW bole jawab 'Tanya lah diri kau sendiri'.

KJW cakap "Kenapa aku selalu terpikir tentang kau? Walaupun aku takde di sekitar kau tapi aku sentiasa rasa kau ada di sisi aku. Apa patut aku buat?" Kemudian KJW mula la cakap ayat yang dia selalu sebut untuk lupakan perempuan tu "Kim Su Han Mu The Turtle And The Crane'. dia kata da berapa malam dia asik sebut ayat tu untuk menghilangkan bayang GRI dari fikiran dia. Dia tertanya2 'Apa yang kau da buat pada aku? Kenapa aku?" sebab pada dia apa GRI buat cuma tolak dia ketepi dan marah dia setiap kali dia belikan GRI tu apa2 dan selalu pukul dia "Kau seorang yang pelik dan aku sering tertanya2 dan kagum"

Walaupun tu bukan satu pengakuan yang romantik tapi dia berterus terang dengan perasaan dia kan pastu KJW sambung lagi "Sekarang ni fikiran dia tak waras". Kemudian dia cakap dia takkan kacau hidup GRI lagi.

Sambung cerita dengan Oska plak, Oska tengah berlatih2 dengan penari2 dia dan penari2 dia kata dia terlalu tua untuk menjadi Hallyu singer tu. Kemudian manager dia cakap dia da jumpa penyanyi yang dia cari tu nama dia Tae Sun, tapi manager dia kate Tae Sun tu degil dan susah nk bincang dengan dia. Dan yang penting sekali dia tak kenal pun siapa Oska, dan dia tak amik peduli pun pasal selebriti yang ada. Oska bengang gile bile orang kata orang tak kenal dia dan siap nyanyi lagi untuk buktikan siapa dia (masa ni tgh cakap kat telefon) Kemudian manager dia kata cukupla tu kau memalukan diri sendiri. pastu tae sun cakap dengan oska 'kalau kau nak jumpa aku, kau patut hantar lagu2 kau pada aku'. Hidup tae sun ni masih misteri lagi siapa dia dan apa kerja dia sebab mase dia tengah cakap dengan Oska dia tengah jual keyboard dia.

Berbalik kepada Ah Young dia keluar untuk blind date tapi akhirnya dapat tau yang dia blind date dengan orang yang dia kenali atas permintaan Secretary Kim gak (Secretary KJW). Yang kelakarnya Secretary Kim ni meniru sikap KJW, kononnya nak buat Ah Young kagum la dengan dia dan petik jari untuk panggil waiter. Pastu dia gak tiru ayat yang KJW selalu guna "Betulkah itu yang terbaik? Awak betul2 pasti dengan hal ini". padahal semua staf kat LOEL tu menyampah dengan director tu, dan Ah Young tak kagum langsung. Tapi bila secretary Kim sebut "Selama 5 tahun" maka mase tu Ah Young tau yang Secretary Kim sebenanya memendam rasa pada dia selama tu dan terus meninggalkan restauran tu.

Tapi lepas dia melangkah keluar je dari restoran tu, Ah Young disambut dengan sederet orang memegang slogan 'Terima kasih kerana berkhidmat selama 5 tahun'. Sekarang Secretary Kim dapat melihat senyuman Ah Young yang comel tu dan mengucapkan tahniah kepada Ah Young.

Sementara tu di rumah, GRI asik cek je henpon dia (just in case KJW tepon kan) betul kata KJW da benti mesej dia atau tepon dia dan GRI tiba2 rasa kecewa skit. Tapi lepas tepon dia berbunyi dan dia ngok KJW tepon terus mood dia berubah ceria. dan menghala ke arah sebuah kelab yang eksklusif sebab KJW ajak jumpa kat situ.

Yang kelakar dia pakai sapu tangan kat leher (dia tiru Ah Young sebab dia rasa comel). Tapi GRI rasa macam janggal plak jadi dia tanggalkan, pastu KJW bleh cakap kau ada cedera kat leher ke kau pakai macam tu (lain dengan apa yang Ah Young cakap, lelaki suka kalau perempuan sorok skit dari menampakkan kulit). Kemudian GRI offer KJW untuk belanja dia beer, dan dia juga nak minta maaf dengan KJW atas sikap dia yang kasar tadi. Mula2 KJW rasa happy tapi bila dia ngok beg GRI yang koyak hampir nak putus tu dia rasa marah sangat.

Kemudian dalam suara yang agak keras KJW cakap "Untuk pertama kali dalam hidup aku jumpa perempuan yang aku tak boleh tangani" Sebab KJW tak pernah nak amik tahu berapa harga beg tangan wanita atau adakah dia mampu beli atau tak. Dan KJW tanya dalam ton yang keras, adakah KJW begitu beria-ia dengan alasan 2,000 won tu, sebab GRI tak mampu nak beli sebuah beg pun? 

Sekarang semua rasa lawak yang dulu dia pernah rasa terhadap KJW hilang selepas dihina KJW, GRI hentak lagi duit kat atas meja tu dan tinggalkan KJW. Kemudian bila GRI keluar dari kelab tu dia bertembung dengan Oska yang baru sampai, masa tu Oska tengah bengang dengan pemuzik yang tak kenal dia. Oska rasa senang hati bertemu GRI dan berhenti untuk chating2 dengan diala, tapi bila KJW nak keluar gak. Oska tertarik beg GRI untuk tahan GRI dari pergi tapi tiba2 beg GRI terputus (yang menyebabkan KJW lagi mara dengan GRI). Oska plak berbudi bahasa dia kata dia mungkin terkuat skit tu yang terputus beg tu. Tapi masa tu GRI tengah bengang dengan kata2 KJW dan dia masa tu dia ngok KJW dengan perasaan yang tak puas hati. Pastu KJW pergi tanpa sepatah kata pun.

Tapi lepas Oska dengar yang Tae Sun dah berhenti dari kelab tu, Oska pun kejar GRI dalam usaha untuk menaikkan mood GRI yang down sebab KJW. Pastu Oska tanya GRI apa hubungan dia dengan KJW, dan dia kata dengan selorohnya hubungan yang mana mereka boleh nampak hati masing2 hanya kerana satu beg. pastu Oska teka kata GRI mesti tahu kelemahan KJW yang boleh menampakkan KJW takde la sempurna sangat. Mungkin sebab tu KJW selalu cakap pasal GRi, pastu GRI terkejut, KJW selalu cakap pasal dia????

Kemudian mereka terserempak dengan adik KJW Hee Won, yang mana nampak dorang jalan berdua dan mula usik GRI dan cakap Oska ni playboy jangan percayakan dia. Kemudian Oska punya senyuman yang melebar tu tiba2 menjadi pudar bila Hee Won cakap dengan Oska yang KJW ada blind date dengan Seul (ex gf dia), dan telah menyebabkan Oska terimbas balik saat2 dia dengan Seul dulu. Masa tu Oska muda lagi dan nama dia baru naik. dia selalu tipu Seul kata dia di recording studio tapi Seul tak percaya. Dan disitulah bermula segala salah faham. 

Kemudian kedua-dua sepupu ni down gila dan dorang pun jalan diluar rumah sambil minum beer, mula2 asing2 tapi bertembung dan dorang pun duduk kat balcony rumah dorang dan minum2.

Masing2 nak cakap dulu dan masing2 tanya soalan tanpa jawapan, 

Joo Won : GRI selamat sampai di rumah tak?
Oska : Aku dengar kau pergi blind date
Joo Won : Aku kan selalu pergi blind date. Kau biar GRI balik sendiri atau kau hantar dia balik?
Oska : Macamana date kau kali ini?
Joo Won : Ada tak GRI cakap apa2 pasal aku?
Oska : Hae Won cakap, Seul tinggalkan kau, betul ke?
Joo Won : Takkan dia tak sebut apa2 langsung? Sikit pun tak?
Oska : Adakah kau ni bodoh?
Joo Won : GRI masih bawa lagi beg tu? Dia bawa plastik beg lagi bagus

Pastu dua2 mengeluh, dorang ni cakap je tapi langsung tak dengar soalan masing2. Oska kemudian cakap Joo nak kawin ke dengan stuntwoman tu, atau dia saja nak main2 dia. 

KJW dah tak terkejut lagi, dia tak dapat lupakan GRI. kemudian dia pergi ke rak2 buku dan keluar ayat2 ni.



A Sunny Day Mean Nothing
Someone is walking into my heart
i looked forward to chance
my melancholy precious woman
You Flew here By Mistake

Kemudian babak lain GRI dapat panggilan dari LOEL department mengatakan dia menang hadiah. Tanggapan pertamanya mesti kerja Ah Young sebab Ah Young kerja situkan tapi Ah Young kata bukan dia mungkin Presiden dia punya kerja memandangkan presiden dia syok kat dia kan. Mula GRI tak setuju tapi dia terpikir gak mungkin ya mungkin tidak kemudian dia ke LOEL department dengan menggunakan beg Ah Young yang dia pinjam. 

Rupa-rupanya KJW duduk je kat uma GRI rumah yang dikatakan macam dalam cite National Geografi, dan lama dia tunggu tapi setelah dia penat menunggu dia pun keluar dan pergi ke rumah GRI, masa dia nak ketuk pintu (boleh dia alas tangan takut kotor, bongok punya jantan). Tapi tak jadi.

Hari berikutnya dia jalan di sekitar LOEL dan mata dia tertangkap sesuatu yang menarik perhatian dia. masa tu la dia terserempak dengan GRI. Lama mereka bertentangan mata. Tapi GRI menekadkan hati dia yang dia ke sini hanya untuk ambil vacuum free tu dan bukan untuk jumpa dia. 

Masing-masing merenung mata sesama sendiri. KJW dengan mata menawannya tu.. Pandangan menusuk kalbu tu...







Pastu bersambung ke episod 4>>>>>

0 comments