New Korean Series Dream High




Cerita ni menggantikan cerita Mary Stayed Out All Night di KBS Drama. Dream High ni mengisahkan 6 orang anak muda Song Sam Dong (Kim Soo Hyun), Jin Gyuk (Taecyeon), Go Hye Mi (Suzy), Yoon Baek Hee (Ham Eun Jung), Jason (Woo Young) dan Kim Pil Suk (IU) yang tidak pernah pun terlintas di fikiran mereka untuk menjadi seorang bintang terkenal. Semuanya bermula dengan sekembalinya Director Jung Ha Myung (Bae Youn Jun) dari China ke Korea untuk memulakan misi mencari bintang baru sepertimana yang dilakukannya 8 tahun lalu. Disinilah segalanya bermula dari seorang yang tidak dikenali langsung pelajar2 ni mengenal erti susah senang untuk menjadi seorang bintang yang terkenal.

Watak Utama

Kim Soo Hyun sebagai Song Sam Dong
Taecyeon (Kumpulan 2Pm kalau tak salah) sebagai Jin Gyuk
Suzy sebagai Go Hye Mi
Ham Eun Jung sebagai Yoon Baek Hee
Woo Young sebagai Jason
IU sebagai Kim Pil Suk

Watak Sampingan 

Uhm Ki Joon sebagai Kang Oh Hyuk
Lee Yoon Ji sebagai Shi Kyung Jin (Guru Tari)
Jun Ah Min sebagai Jo In Sung
Han Ji Hoo sebagai Park Do Joon
Yoon Young Ah sebagai Lee Ri Ah
Park Jin Sang sebagai Jun Tae Sun
Kim Bo Reum sebagai Ha So Hyun
Bae Young Jun muncul di episod 1 hingga 4 sahaja sebagai Director Jung Ha Myung
Park Jin Young sebagai Yang Jun Man (Guru Bahasa Inggeris)
Lee Yoon Mi sebagai Maeng Seung Hee
Baek Won Gil sebagai Gong Min Chul
Ahn Kil Kang sebagai Ma Doo Shik
Ahn Sun Young sebagai Kang Oh Sun
Lee Hye Sook sebagai Song Nam Boon
Choi II Hwa sebagai Hyun Moo Jin
Park Hyuk Kwon sebagai Go Byung Jik
Jung Min Joo sebagai Jung Ah Jung
Lee Byung Joon sebagai Shi Bum Soo
Ahn Seo Hyun sebagai Go Hye Sung
Kim Hyun Jeong sebagai Kim Hyung Jeong, dia muncul dalam episod 1
Jo Sumi sebagai Jo Sume, muncul dalam episod 1
AKB48 Muncul dalam episod 1

Sedikit pengenalan watak

Kim Soo Hyun memainkan watak Song Sam Dong, seorang pemuda yang tinggal di pekan kecil yang bercita-cita untuk memiliki ladangnya sendiri sejak dari kecil. Sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seorang gadis dari Seoul bernama Hye Mi dan dia jatuh cinta pandang pertama dengannya. Sam Dong turut mengekori Hye Mi ke Kirin Art High School dan di situlah dia tahu bahawa dia mempunyai bakat terpendam dalam bidang muzik dan memulakan kariernya untuk menjadi seorang bintang.

Taecyeon dari kumpulan 2PM kalau tak silaplah memaiknkan watak Jin Gyuk yang nama penuhnya Hyun Shi Hyuk, Dia ditinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya yang menjadi ibu tunggal pada usia yang muda. Kemudian Shi Hyuk diambil menjadi anak angkat kepada Hyun Mu Jin, seorang lelaki yang kaya dalam bidang perniagaan dan merupakan seorang CEO. Tetapi Shi Hyuk tidak bahagia di rumah tersebut dan dilayan seperti orang yang tidak wujud dirumah tersebut. Maka dia mengambil keputusan untuk memulakan hidup baru dengan nama Jin Guk. Semasa dia menari di jalanan bersama kawan-kawan nya, dia diambil oleh Pengerusi Kirin Arts High School kerana dia menyedari bakat yang terdapat dalam diri Jin Guk untuk dijadikan sebagai seorang bintang.

Suzy memainkan watak sebagai Go Hye Mi, seorang gadis yang cantik dan kaya dan juga seorang gadis yang  sombong tetapi selalu melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukannya. Ketika perniagaan bapanya gagal dan keluarganya diistiyarkan bankrap, Hye Mi mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti kelas vokalnya dan memasuki Kirin High School untuk menjadi penyanyi pop. Hye Mi turut diugut oleh pemungut hutang bapanya sekiranya dia tidak memasuki sekolah tersebut dia perlu membayar hutangnya dengan menjual tubuhnya. Hye Mi sangat membenci Kirin High School kerana menganggap sekolah terbabit hanya melahirkan artis-artis yang bodoh yang tidak mengenal seni. Walaupun sifatnya sombong dan angkuh dia diminati oleh Sam Dong dan Jin Guk.

Ham Eun Jung memainkan watak Yoon Baek Hee, dia merupakan kawan baik kepada Hye Mi yang tidak pernah kisah menjadi orang kedua selepas Hye Mi. Baek selalu dibuli oleh kawan-kawan di sekolahnya dan juga tidak disayangi oleh ibunya sendiri. Pada hari Baek Hee menemani Hye Mi ke Kirin High School dengan harapan dapat memasuki sekolah yang sama dengan Hye Mi. Ketika merebut tempat di Kirin High School dia berubah daripada seeorang yang hodoh kepada seorang yang cantik dan menemui impiannya sendiri. Kemudian dia menjadi pesaing terhebat Hye Mi. Watak Baek Hee seolah2 dijadikan sebagai watak jahat dalam cerita ni. Dari seorang sahabat baik kemudian menjadi musuh kepada Hye Mi.

Wooyoung memainkan watak sebagai Jason, seorang penari yang baru kembali dari New Jersey, USA dan kemudian memasuki Kirin Arts High School. Tariannya yang hebat telah membuatkan Jin Guk berasa tergugat dan disebabkan bakat nyanyiannya dia dianggap sebagai pesaing Sam Dong. Namun Jason tidak berminat untuk menjadi pesaing kepada sesiapa kerana dia sangat menyukai dengan apa yang dilakukannya.

Iu memainkan watak sebagai Kim Pil Suk, seorang gadis yang mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah kerana selalu diejek mempunyai wajah yang hodoh. Namun disebabkan vokalnya yang sangat hebat dia telah diterima masuk ke Kirin High School di mana dia boleh mencapai impiannya untuk bergelar seorang penyanyi.  Dia jatuh cinta pandang pertama kepada Jason ketika sesi uji bakat.


Segala info disini diambil dari Soompi.com

0 comments