My Princess Ep. 1


My Princess juga adalah salah satu cerita Korea yang sedang hangat diperbualkan pada masa kini. Disini saya akan menceritakan serba sedikit tentang cerita My Princess dari Episod 1.

Cerita ini dimulakan dengan kehadiran Lee Seol lakonan Kim Tae Hee sedang berjalan di sekitar kawasan istana lama dengan berpakaian penuh seorang puteri. Dia juga diiringi oleh dayang-dayang dan diiringi dengan muzik tradisional korea. Pada masa yang sama seorang lelaki bersut hitam Park Hae Young lakonan Song Seung Heon sedang melaporkan 'Puteri dalam perjalanan' yang seolah-olah memberi petunjuk untuk memulakan persembahan.

Kemudian persembahan dimulakan dengan paluan gendang dan tarian tradisional korea kemudian diikuti dengan Lee Seol tersenyum manis kemudian..... dia menguap besar, kemudian diikuti pula dengan mengeliat pula dan dia menendang-nendang kakinya di lantai seolah-olah kepenatan. Pada masa inilah baru disedari rupanya dia bukan berada di pavilion yang mewah diringi oleh muzik-muzik terbabit, malah dia rupanya dia seorang diri dan sedang melakukan kerja sambilan sebagai seorang puteri dengan menjadi model bagi mereka yang ingin mengambil gambar dengan puteri.

Puteri yang sebenar berada di pavilion tersebut rupanya seorang puteri dari negara barat dan persembahan tu semua disediakan untuk beliau.

Kemudian setelah shif Lee Seol habis dia pun bersiap ke bilik persalinan untuk ke tempat kerjanya yang seterusnya untuk bersalin. Kemudian Park Hae Young bertanya kepada jurugambar di mana puteri korea kerana tuan puteri sebenar yang mahu bergambar Korean Princess. Dan jurugambar tersebut menyatakan puteri korea sedang salin baju dan masa itu Park Hae Young menyerbu masuk bilik persalinan perempuan walaupun dibaling dengan pelbagai benda dan dipanggil lelaki gatal. Kemudian dia menarik Lee Seol kelua dan menawarkan kerja tersebut kepada Lee Seol, kemudian Lee Seol menyatakan dengan syarat dia mesti membayar balik upah kerja yang sepatutnya dia hadir pada masa tersebut dan Park Hae Young menyatakan dia akan membayar Lee Seol 100k won bersamaan 90USD sejam sekiranya dia melakukan tugasan tersebut. Bila mendengar upah yang begitu mewah tanpa ragu-ragu Lee Seol terus bersetuju.

Kemudian setelah majlis tersebut selesai Park Hae Young menghulurkan cek berjumlah $1000 kononnya tiada duit kecil dan hanya cek ini sahaja dan sekiranya dia memberikan cek ni boleh ke Lee Seol memberikan baki selebihya kepadanya maka dia memberikan kad namanya dan hantar nombor akaunnya melalui pesanan ringkas kemudian untuk menuntut wang tersebut kemudian dia terus berlalu pergi setelah mendapat panggilan telefon.

Kemudian muncul pula adegan datuknya sedang memberi hormat kepada kubur seseorang dan Park Hae Young ada disisinya dan mengarahnya memberi hormat kepada kubur tersebut juga. Hae Young bertanya kepada datuknya kenapa beliau kerap ke kubur itu dan siapakah pemilik kubur ini. Kemudian Hae Young mengatakan dia takkan memberi hormat ke kubur tersebut dan sekiranya datuknya meninggal dunia dia akan memastikan kawasan perkuburan ini akan diratakan dan mendirikan istana. Kemudian Hae Young berlalu pergi dan datuknya menyuruh setiausaha nya mengejarnya. Kemudian datuknya berkata lagi 'Tuanku, bersabarlah sebentar sahaja lagi dan semuanya akan selesai'

Kemudian kembali kepada Hae Young dalam perjalanan ke universitinya dan dia lewat menjalankan tugasnya di pejabat Profesor kegemarannaya, kemudian hae young menceritakan apa terjadi kepadanya dan mengapa dia lewat namun rakan sekerjanya tidak mempercayainya. Kemudian profesor nam masuk dan telah ketawakan Hae Young kerana fesyen rambutnya. Kemudian disambung adegan Lee Seol didalam kelas profesor nam dan bukannya menumpukan perhatian kepada apa yang profesor tersebut ajar tetapi kepada penampilannya.  Kemudian Lee Seol berangan-angan berada di Egypt bersama-sama profesor tersebut dan tanpa disedarinya dia telah menjerit nama profesor tersebut dengan kuat dan menyebabkan semua orang terkejut dan dengan jujur Lee Seol menjawab yang dia sedang terfikirkan benda lain. 

Kemudian Lee Seol merenung ke slide yang profesor tersebut bentangkan dan dia seperti pernah melihat tulisan tersebut. Kemudian dia bertanya kepada rakan sekelasnya dan rakannya mengatakan 'lain kali jangan tidur di kelas dan itu merupakan book of soo jung dan merupakan surat dari putera lee young yang originalnya tiada siapa pernah lihat' dan beliau pun menukar topik kepada teman wanita profesor kerana khabar angin mengatakan profesor tersebut sudah mempunyai teman wanita dan wanita itu merupakan cinta pertamanya. Lee Seol seperti tidak percaya dan mengatakan semua tu karut dan rakannya menyatakan yang wanita tersebut bukanlah calang-calang wanita kerana dia kaya dan merupakan pengarah kepada Muzium Hae Young. Lee Seol seperti tidak percaya adakah Profesor Nam berminat dengan wanita berumur?? Namun rakannya menyatakan bahawa wanita tersebut adalah lebih muda dari Profesor dan Lee Seol menafikannya kerana tidak mahu percaya dan padanya mana mungkin ada pengarah semuda itu. 

Kemudian adegan Lee Seol sedang mengambil gambar dengan sebuah beg suitcase di kedai rakannya bekerja dan rakannya menegurnya seolah-olah tidak mengenalinya kerana ketuanya berada di sebelahnya. Kemudian mengarahkan kawannya menyimpannya untuknya kerana dia berniat mahu ke Egypt dengan beg tersebut. Kemudian tanpa disangka-sangka dia terserempak dengan Hae Young yang sedang memilih barang kemas. Kemudian Hae Young membeli sebentuk cincin berharga 6000 won dan bila penjual tersebut bertanya nak bayar macamana tuan? dan dia mengatakan 'sekali bayar sahaja ye', kemudian penjual tersebut mengatakan dia boleh menebus hadiah menggunakan resit ini. Dan Lee Seol mengatakan 'wah dia ni sangat kaya' dan Hae Young tersenyum sambil mengatakan pada Lee Seol 'jangan lupa teks nombor akaun kau pada aku ya'. Kemudian Lee Seol terus-terusan mengikut Hae Young sehingga ke parking lot dan Hae Young bertanya 'sampai bila kau mahu ikut aku?' kemudian Hae Young berkata dalam hatinya 'perempuan ini telah terpikat dengan aku sebab itu dia ikut aku' dan Lee Seol malu-malu nak bercakap dengan Hae Young kemudian Hae Young mengatakan 'cakap jelah kau nak apa'. Kemudian Lee Seol mengatakan 'hmm tadi masa kau beli cincin kau dapat resit, jadi kau mesti tak pakai punya resit tersebut apa kata kau bagi aku sahaja?' kemudian Hae Young menjawab telefon Yoon Joo (watak jahat) dan yoon joo menyatakan yang dia sibuk membuat persiapan pembukaan pamerannya esok dan terpaksa mengelap sendiri cermin (penipu besar gila) kemudian Hae Young seolah-olah kasihan 'kenapa awak yang buat suruhlah anak buah awak buat'. Kemudian datang pula profesor nam memberi isyarat ingin berjumpa Hae Young. 

Kemudian bersambung percakapan Hae Young dengan Lee Seol, dia menawarkan Lee Seol untuk melakukan kerja untuk Yoon Joo dengan bayaran $300 sejam. Kemudian Lee Seol tersenyum pada Hae Young dan menyatakan adakah wanita tadi teman wanitanya dan Hae Young bertanya kenapa kau tanya? dan Lee Seol mendekatkan diri kepada Hae Young dan seolah membau dia dan mengatakan 'Oh ni cinta tepuk sebelah tangan' dan Hae Young menafikan kemudian Lee Seol kata kau bagi aku 3 minit untuk membuatkan dia panggil ko sayang, cinta dan mengambil resit tersebut dari Hae Young dan terus berlari ke dalam kompleks beli belah tersebut kembali. Hae Young pada mula macam nak balik je dan mengatakan bodoh betul dia percaya dan tunggu Lee Seol. Kemudian Lee Seol memberikannya sarung tangan getah. Kmeudian Lee Seol membuat andaian sendiri. Wanita tersebut mesti kaya kan? Kau pun kaya, maka dengan membeli cincin yang harga ribu2 dan menyuruh orang lain membuat kerja untuknya adakah dia sangka wanita itu akan terharu? Takkan, kerana selalunya bila sesorang menerima hadiah dari orang lain sesuatu yang mereka tidak sangkakan pada masa itu lah jantung orang tersebut akan mula bergetar. Maka dia menyatakan apa kata kau lap sendiri cermin dan meja untuknya dan mungkin tahun depan kau berupaya menyambut hari jadi pertama anak kau' dan Hae Young mengatakan 'harijadi pertama?' kemudian Lee Seol mengatakan 'kau macam menyukai sahaja idea ni'.

Kemudian Hae Young mendapat mesej dari Yoon Joo dan tanpa disangka apa yang dikatakan Lee Seol benar kerana Yoon Joo bertanya kepada Hae Young 'tidak mungkin awak nak tolong saya dengan menggunakan sarung tangan getah? kerana masa saya habis menunggu kedatangan awak sahaja. Saya terpaksa pergi untuk menyambung kerja maka kita jumpa esok sahaja, Selamat Malam' dan Hae Young tersebyum sahaja. Namun rupanya Yoon Joo bukan pergi kerja tapi berjumpa profesor nam. Rupanya profesor nam mengajaknya menyambut ulang tahun ke 10 perkenalan mereka dan rupanya Yoon Joo mengetahui tentang Hae Young.

Berbalik kepada Lee Seol dia kembali ke rumahnya dan mendapati kakaknya Lee Dan telah menukar kata laluan pintu rumah dan tidak mahu Lee Seol menggangunya dan menyuruh Lee Seol tidur di tempat lain (kakak jahat + berlagak). Kemudian Lee Seol kembali ke universiti dengan harapan dapat menumpang tidur di situ tanpa disangka dia telah terserempak dengan profesor nam yang kebetulan masuk ke pejabatnya dan profesor nam seolah-olah tahu yang Lee Seol ingin menumpang tidur di pejabat tersebut kerana selepas mereka makan mee ramen bersama-sama dia mengatakan di dalam laci biliknya terdapat selimut. 

Dan ketika Lee Seol masuk ke bilik profesor tersebut di wallpaper komputer profesor itu adalah gambar Yoon Joo dan di atas mejanya terdapat buku yang ditulis Yoon Joo dan Lee Seol terfikir adakah ini teman wanita profesor tersebut? Jadi untuk mendapatkan jawapan Lee Seol telah menggoogle nama Yoon Joo dan menulis di forumnya 'Siapakah Oh Yoon Joo' dan 'Bagaimana ingin memisahkan teman lelaki kita dari perempuan lain'. (kelakar minah ni)

Kemudian bersambung keesokan harinya Lee Seol telah ke Muzium Hae Young untuk menyiasat benarkah Yoon Joo teman wanita Profesor Nam dan di sana dia telah terserempak dengan Hae Young dan Profesor Nam, Lee Seol fikir Hae Young tidak mengenali Hae Young dan telah menyembunyikan diri dari dikesan Profesor dan Yoon Joo. Kemudian Lee Seol telah memburukkan Yoon Joo dan menyatakan Yoon Joo itu musang berbulu ayam kerana dia suka berpura-pura, hipokrit dan tidak jujur. Kemudian baru Lee Seol tau bahawa Yoon Joo lah orang yang Hae Young sukakan tapi tepuk sebelah tangan. Kemudian pada masa itulah Lee Seol membuat perancangan dengan Hae Young untuk membuat Yoon Joo cemburu dan pada masa yang sama untuk memisahkan Yoon Joo dengan Profesor Nam dan menyatukan Yoon Joo dengan Hae Young. Lee Seol telah menyamar sebagai teman wanita Hae Young dan ini membuatkan Yoon Joo terkejut dan agak cemburu. 

Kemudian adegan perasmian majlis dan Lee Seol merenung ke arah barang pameran dan menyatakan dia pernah melihat benda tersebut. Kemudian adegan Yoon Joo bersalam dengan Presiden Korea dan reporter amik gambar dia. Kemudian tiba-tiba dia nampak Profesor Nam seolah-olah macam bengang gila dengan Yoon Joo sebab dia menunjukkan muka marah sambil memandang Yoon Joo di atas pentas sedang senyum pura-pura. Kemudian Hae Young telah belanja Lee Seol makan dan ketika itu mak Lee Seol telefon meminta dia menjaga rumah dan hati Lee Seol gembira sangat kerana dia boleh menjadikan rumah penginapan mak dia sebagai tempat untuk dia mencari duit tambahan untuknya.

Kemudian sekembali Hae Young di rumah datuknya sedang sakit tenat dan menyebut nama Lee Seol dan Hae Young menyangkan itu adalah anak luar nikah datuknya dan dia diarahkan untuk menjejaki Lee Seol (masa ni Hae Young tak tau lagi nama sebenar Lee Seol tu sebab Lee Seol memperkenalkan diri dengan nama palsu). Kemudian Hae Young pergi ke rumah Lee Dan dan cuba mencari Lee Seol di situ dan Lee Dan mengatakan dia tau di mana Lee Seol berada dan disebabkan dia da bagi maklumat dengan gatalnya mengatakan kalau tidak ada hal dia boleh tak menelefon Hae Young (perempuan mata duitan sebab dia tau Hae Young tu kaya tak macam Lee Seol lurus bendul) kemudian Hae Young pergi ke rumah Lee Seol dan menelefon Lee Seol untuk mengesahkan dia tidak salah orang dan seolah-olah terkejut Lee Seol itu adalah Lee perempuan yang pernah dijumpainya.

Kemudian bersambung episode 2

0 comments