Pengalaman Operation Sinus Day 1

Yup aku dapat cuti selama 2 minggu kerana menjalani pembedahan hidung.. Bukan bedah luar hidung tapi dalam hidung.. Macamane doktor tu buat jangan tanya sebab aku telah dipengsankan awal-awal lagi masa operasi meneropong idung aku ni dijalankan. 

Antara perbualan antara aku dengan doktor anaestatik tu n staf misi dia 

Dokto : Ok, sape name awak?
Aku : Radin
Dokto : Awak keja apa radin
Aku : Keja di K**** Johor
Dokto : Jabatan awak buat ape?
Aku : Jabatan saya menawarkan tabika, taska, belajar masak, belajar jahit dan macam-macam lagi
Misi : Oh ada belajar masak ke?
Doktor : Oh kalau saya nk belajar masak bole la saya datang opis awak ye
Aku : Boleh xde masalah.. pastu x smpai brape saaat aku pun ZZzzzzzzz 



Sedar-sdar aku da ada kat luar bilik operation dan aku muntah dengan teruknya kesan dari ubat bius tu.. Misi tu tolong tahan kan plastik untuk aku muntah.. Muntah darah punyalah banyak n darah tu warna hitam menunjukkan betapa kotornya darah yang duduk kat dalam muka aku ni..

Setelah tu dorang pun hantar aku ke bilik wad aku untuk rehat.. tapi nak rehat macamana kalau da kat bawah bilik aku tu dorang buat renovation dengan drill sane drill sini sampai naik bergegar otak aku.

Bukan nak complain la tpi memang rase macam satu penyeksaan je dengan kepala pening pastu bising renovation lagi sampai bila doktor datang melawat aku siap cakap 'Doktor saya nak balik doktor'

So after a while bunyi bising tu senyap sekejap oh rupanya da pkul 5 petang dorang da balik la kot. Mak aku pun call kate nk datang bawa husna bagi tujuan melepas rindu almaklum la malam nye anak aku kena tidur dengan mak aku.





0 comments