Pengurusan kewangan

Sekarang ni aku tengok makin ramai yang tidak pandai mengurus kewangan dengan baik. Lagi besar gaji lagi teruk pengurusan kewangan, mana lagi penting antara barang anak-anak atau polish kereta atau beli baju dan kasut berjenama?

Mereka tidak mampu membezakan yang mana lagi perlu dibeli dan dibiayai. Kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama menjadi keutamaan dari perbelanjaan isi rumah, belanja anak-anak, insuran dan simpanan anak-anak.

Pada aku itu lagi penting dari pakaian dan beg berjenama, tidak mengapa kalau aku pakai baju cap giant atau baju kurung lelong jakel asalkan aku dapat menyimpan sedikit untuk hari tua atau untuk hiburan aku, kemudian aku dapat simpan untuk perubatan aku dan anak aku itu sudah cukup.

Sebab aku lihat makin ramai golongan muda berbelanja menggunakan kad kredit tanpa kawalan. Tidak kurang juga golongan tua, berapa ramai golongan tua yang menghabiskan duit kwsp tidak sampai 5 tahun selepas berpencen.

Nak salahkan masalah kesihatan tidak boleh kerana kita sudah boleh menjangka apabila kita tua kelak penyakit akan turut menyusul. Maka jika pada masa muda kita tidak beringat kesannya kita terima bila kita berpencen kelak.

Ada juga yang menggunakan alasan buat apa simpan duit banyak-banyak bukan boleh bawa masuk kubur. Ya memang wang tidak boleh dibawa masuk kubur, itu kalau kita meninggal tepat pada waktu wang kita habis namun sekiranya wang habis dan kita masih hidup bagaimana.

Sekarang umur aku hampir mencecah 30 dan simpanan aku pula tidak sampai 1k. Suamiku pula kerap mengeluarkan wang kwsp untuk tujuan pendidikan dan membayar ansuran rumah. Aku sangat khuatir jika kami tidak dapat menanggung perbelanjaan diri sekiranya kami tidak mula menabung sekarang.

0 comments