Pregnant at 34 Weeks

Pejam celik aku mengandung dah masuk 34 minggu, lagi 2 minggu cukup 36 minggu.

Semalam appointment dengan Dr. Thokha dia cek-cek dan aku didapati kencing kotor sikit tapi doktor hanya sarankan aku minum air masak lebih sikit. Dia ada cakap aku punya air ketuban ada lebih sikit, jadi aku cakap aku da minum air gula di klinik kerajaan tapi result tak dapat lagi. Jadi dia kata tunggu result tu baru kita tahu aku ni diabetik ke tidak. Gulllpp telan air liur jap.

Jadi doktor pun cakap aku kemungkinan akan bersalin setelah baby mencapai tempoh matangnya iaitu 38 minggu lah. Maybe kerajaan dan gariskan panduan kot kalau lahir bawah 37 minggu kena ambil suntikan dexa. Jadi MAYBE sebab tu dia minta aku bertahan sehingga bayi berusia 38 minggu.

Next appointment bila kandungan aku dah cecah 36 minggu. Setiap kali check up kena buat pemeriksaan CTG untuk check jantung baby dan juga contraction.

Harini macam kurang pula baby aku bergusti dalam perut ni kalau tak dah bergolek2 dalam perut ni. 

0 comments