Pengalaman Menjadi Suri Rumah

by - 10:28 PM

Dah lama tak menulis dekat sini. 

Tiba-tiba hati tergerak nak tulis pengalaman jadi suri rumah, yelah dah jadi suri rumah dari bulan Januari sampai sekarang. Macam sekejap je masa tu berlalu. 

Mula-mula memang susah aku nak sesuaikan diri, lagi-lagi aku dah biasa mempunyai sumber pendapatan sendiri, bukan suami tak memberi tapi terasa kelainannya bila pendapatan tu kita punya sendiri dan juga pendapatan bergantung kepada orang lain.

Mungkin ada yang akan berkata kenapa tak mulakan pendapatan dari rumah je??? 

Aku nak mengurus keluarga dan anak-anak pun kelam kabut, macam mana nak uruskan bisnes pula. Bukan tak teringin tapi rasanya tunggu anak-anak membesar sikit dulu. Tunggu sehingga Husna boleh diminta untuk membantu tugasan rumah. 

Menjadi suri rumah pun sama macam kalau kita bekerja, pengurusan masa kena baik, kerja kena sistematik, macam anak-anak sangat memerlukan aku untuk memberi perhatian kepada mereka. 

Humaira dah masuk 8 bulan, fasa attachment yang mana dia tak nak dengan orang lain, dimata dia ada umi dia je. Kalau husna dah masuk fasa atuk nenek, kena mara je lari kat atuk.

Sekarang aku tengah mendidik dia untuk bersopan, kalau nak barang minta baik-baik, kalau nak jalan cakap baik-baik. 




You May Also Like

0 comments