Umur Apa Yang Sesuai Untuk Berkahwin???

Catatan ke 420

Tiba-tiba terdengar topik ni kat radio.

Masa aku bujang dulu, aku tak percaya pada kawin muda. Pada aku bila kita kahwin muda hati muda, panas je. Susah nak bentuk. 

Aku kahwin umur 24 tahun, husband aku 25 tahun. Kalau ikutkan umur aku dah cantik lah tu kahwin tak terlalu tua tak terlalu muda. Masam-masam manis. Husband aku dikatakan agak muda mendirikan rumah tangga sebab umur 25 tahun tu dia baru je mula kerja. Baru je habis belajar. Tak sempat nak berkhidmat untuk ibu bapa lagi. Dah kena berkongsi dengan aku plak.

Tapi ada je umur 20 tahun dah kahwin masa tu kami masih belajar lagi di tahun akhir. Beliau kahwin ketika cuti semester. Lepas kahwin terus mengandung. Jadi masa semester akhir tu memang dia tengah sarat. Dia bersalin pun pantang gitu2 je sebab tengah exam paper akhir. Umur 21 tahun dah jadi mak. Husband dia 10 tahun lagi tua dari dia. Kalau ikutkan student tak boleh kahwin dan mengandung di Politeknik ni. Mungkin sebab jarang student kahwin. Seronok tengok dia konvo ada suami dan anak dia. Sekarang dah anak dara dah anak dia.


Masa aku kerja plak sorang sahabat aku. Husband dia dan dia sebaya, sama-sama umur 21 tahun ambil keputusan nak kahwin. Pada mulanya aku rasa macam what?? Mudanya umur 21 tahun wei. Pastu pun sama terus mengandung dan umur 22 tahun dah jadi ibu bapa. Sekarang anak dia dah darjah 2.

Sepupu belah suami pun sama kebanyakkan kahwin di usia muda antara 18-20 tahun. Sepupu belah aku pun sama kebanyakkan kawin di usia 20 an.

Namun ada juga kawan-kawan aku yang kawin lewat. Siapa kata semuanya kahwin muda. 

Cikgu aku dulu umur 35 tahun baru kawin. Mula-mula dia ingat dia takkan dapat zuriat atas faktor usia tapi siapa sangkat kahwin terus mengandung. Sekarang dah sekolah rendah juga anaknya.

Cikgu aku sorang lagi pun sama umur 40 tahun baru kahwin. Sekarang dah bahagia dengan suami dia.

Sebenarnya takde umur spesifik untuk berkahwin ni. Yang penting calon suami dan calon isteri yang korang pilih tu. Korang sedia ke nak sehidup semati dengan dia. Kahwin muda ni yang bagusnya menghalalkan pergaulan. Jadi takde berlaku maksiat. Kebanyakkan sahabat dan sepupu aku dapat suami dan isteri yang memang bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri tu. 

Ada juga kawin dah cerai pun sebab suami buat perangai, kaki pukul, kaki perempuan. Dan masing-masing dah kahwin dengan pasangan baru pun. Tapi bukan semua sebab salah lelaki sahaja. Ada juga yang salah perempuan contohnya isteri tak nak jalankan tanggungjawab dia. Membantu pun tak nak. Apa pun tak nak dia nak buat perangai bujang dia je. Mana boleh kalau dah kahwin kita tak boleh jadi bujang balik itu hakikatnya.

Kalau dah jodoh pun ia tapi calon tu yang penting. Kalau bagi wanita carilah suami yang berkahwin kerana Allah dan juga kahwin kerana betul-betul menyayangi kita. Lelaki ni kalau dia kata dia mencintai kamu memang betul lah tu dia sayang kamu sebab lelaki ni jarang nak ucap ayat-ayat cinta ni lagi-lagi yang tak romantik. Dan carilah lelaki yang rajin dan bertanggungjawab. Nak tahu dia bertanggungjawab ke tak tengok cara dia layan ibu bapa dia. Tiap2 bulan dia bagi tak duit kat mak bapak dia? Lelaki yang melayan ibu bapanya dengan baik insyaAllah akan melayan kamu dengan baik.

Bagi lelaki pula carilah wanita yang mampu menjadi wanita yang baik, yang nak berubah kerana mahu berubah, yang sayang kamu seadanya, yang mahu susah senang dengan kamu. Ini baru pakai motor dia demand keta. Ada uma apartment dia demand banglo. Wanita begini wajiblah dielak sebab kelak dah kawin meranalah poket kamu nanti. 

Jadi umur tak mainkan peranan kebahagian kamu kalau kamu rasa da bersedia dan dah jumpa DIA yang sesuai kahwin jelah tak payah tangguh-tangguh. 




0 comments