Anda Sopan Anak Pun Ikut Sopan

by - 4:19 PM

Catatan ke 421

radin punyer


Pernah korang nak marah anak korang tiba-tiba anak cakap balik kat korang? 

Dan korang perhati tak apa yang dibalasnya?
Sebenarnya keadaan sekeliling dan apa yang ditontonnya sangat memainkan peranan penting dalam kelakuan anak kita. 

Sebagai contoh 

Anda marah. Kalau anda mengeluarkan kata-kata kesat dan terjerit-jerit bila anak marah pun dia akan keluarkan kata yang sama.

Tempoh hari aku marahkan anak aku Husna umur 3 tahun. 

Dia jawab balik 'Jangan marah umi, cakap baik-baik'

Bila Humaira panjat-panjat pun Husna akan cakap

'Jangan panjat adik nanti jatuh'

Sebab aku selalu cakap macam tu kat anak-anak aku dan aku cuba kontrol suara dan kemarahan aku jangan sampai tertengking atau terjerit. Selalu kalau Husna dan Humara terjerit-jerit aku akan cakap baik-baik dengan dorang dengan cakap

'Umi cakap baik-baik kan umi tak jerit-jerit kan. Husna dan Humaira nak cakap apa cakap je baik-baik umi dengar ye'

Then terus Husna cakap pelan. Humaira masih terjerit lagi lah sebab dia baru umur 1 tahun 8 bulan so banyak nak kena sabar. 

Jadi sebenarnya kita dan dengan siapa anak kita banyak luangkan masa sangat mempengaruhi pembentukan sikap dia. 








You May Also Like

0 comments