Expected The Unexpected

Catatan ke 422


Aku dapat anak lambat. Kalau dulu setiap kali nampak baby orang mesti rasa macam bestnya kalau aku dapat jadi macam tu. Jadi mak. 

Bila da ada anak sendiri baru aku tahu apa perasaan jadi mak-mak ni. Banyak benda yang kita rasa macam kita tahu sebenarnya kita tak tahu sampai la kita jadi mak-mak. Jadi sebenarnya ada hikmah Allah tu bagi kita cepat dan ada hikmah Allah bagi lambat. Allah maha mengetahui sama ada kita ni bersedia atau pun tidak.

Ni antara tips yang aku boleh kongsi untuk bakal-bakal ibu bapa. Tips ni berdasarkan pengalaman aku. Setiap orang akan mengalami benda yang berbeza tak semestinya anak kita serupa. Cuma aku boleh bantu memudahkan jela.

1. Pengurusan Masa

Masa takde anak dulu aku dan suami pengurusan masa memang ke laut. Sampai kawan-kawan aku dan kawan suami aku pun tahu tentang masalah ktorang ni. Bila da ada anak. Pengurusan masa sangat penting. Sebab budak ni kita yang tentukan bila masa makan, masa tidur, masa poo poo dia dan tukar pampers semua. Cuma maybe kita tak perasan je. Jadi bila ada anak ni kalau nak keluar kenalah bangun awal ye mak-mak nye bukan nak keluar pkul 10 pkul 9 baru bangun. Kena bangun at least 3-4 jam awal untuk buat semua persiapan. Sebab tu aku paling tak suka kalau en suami tiba-tiba ajak anak-anak keluar sebab selaku madam kat rumah banyak benda nak kena settle sebelum melangkah keluar dari rumah. Aku juga da lupakan untuk keluar malam, selepas ada anak memang takde lagi outing waktu malam sebab anak-anak aku pkul 9.30 sharp da ajak masuk bilik. Tak tidur pun tapi memang automatik masuk bilik. Jadi memang aku telah melupakan sinetron-sinetron, drama-drama dan whateva la yang kat tv tu. Baru ku paham kenapa mak tak suka ngok tv. hahaha 

2. Waktu Tidur

Masa takde anak waktu tidur ni memang heaven la, bila-bila masa nak tidur pun ikut sukahati kita la. Sebab takde ape nak dikejar dan dipikirin. Bila ada anak waktu tidur umpama angan-angan dan impian yang takkan jadi kenyataan. Patutlah mak aku paling suka tidur hahaha. Bila da ada anak tidur memang tak menentu. Lagi anak aku BF memang bangun ikut suka dia jela. Tidur plak tu tak tidur asing memang nak mengempeng jela sepanjang malam.

3. Makanan

Memang tak dinafikan bila anak mula makan rasa seronok yang amat, terutama masa Husna mula-mula belajar makan. Mak aku nak anak aku makan bubur nasi, mertua aku bagi biskut dan nestum dan aku plak nak anak aku makan organic food. Contoh macam sayur yang aku steam pastu blender. Siap buat research lagi untuk pastikan anak aku makan benda-benda tu. Last-last aku masak bubor je senang. Kalau malas tahap gaban bagi nestum je. Mana yang dapat je aku bagi. Bila anak aku umur 3 tahun memang cerewet gile makan. Susah nak suruh makan. Nasi tak nak. Buah pun tak nak. Haa amik kau. Jadi kalau rasa nak bagi anak test2 makan. Bagi jela sebab akan sampai satu peringkat anak tak nak makan. Janji nak bagi tu ikut kesesuaian janganlah anak baru 6 bulan kau nak bagi karipap. Terbegik budak.

4. Gajet

Haa yang ni masa dulu memang bila ngok anak orang pegang gajet je mesti cakap hee apela mak dia ni seronok berborak anak dia bagi gajet je. Secara jujur memang tu yang aku buat sekali sekala kalau anak aku merengek, tapi bukan selalu. Sebenarnya nak bagi anak main gajet bagi jela tapi bukan selalu kita sebagai ibu bapa kena control je. Takkan la dalam sehari takde langsung masa kita nak layan anak-anak kan. kalau aku duk bebual pun memang aku akan stop terus kalau anak aku memerlukan belaian manja dari aku. Budak memang macam tu time kau nak bebual nak makan nak berak time tu la dia minta perhatian. 

5. Penjagaan Diri

Pernah tak korang jalan-jalan pastu nampak ibu bapa ni serabut yang amat dengan anak berderet-deret. Itu memang realiti bukan fantasi ya. Kalau ibu bapa dia smart je pastu anak kecik-kecik itu aku x tau dia buat macam mana. Tapi dalam dunia aku. Selepas jadi parent aku la mak yang paling selekeh dalam dunia. (Sebelum pun selekeh juga, memang tak amik port sangat). Tudung kalau boleh nak cari yang jenis sarung je. Nak pakai tudung mahal-mahal memang xdela. Anak aku suka gigit tudung aku pastu lagi satu favourite dia kokak batu-batu kat atas tudung aku jadi kalau aku nampak ada mak-mak yang pakai tudung batu bling bling atas kepala hilang aku sangat memahaminya sebab kami mungkin berada di chapter yang sama. Kalau dapat mandi lebih dari 20 minit pun dikira heaven sebab anak-anak aku suka ketuk-ketuk pintu toilet sambil meraung-raung bila aku keluar elok je dia main (nampak tak motif kat situ).

6. Take Control

Pernah tak korang jalan-jalan gak (banyaknya jalan kan) pastu ternampak anak-anak kecil berlari kesana sini sambil dikejar mak bapak dia. Yup tu la realiti ye. Budak takkan duduk diam kat satu tempat. Dia akan lari sana sini, kalau makan pun sama dia akan campak sana sini buat serak satu restoran. Main sembunyi dalam celah-celah baju. Yup itulah anak-anak saya. Kalau nak suruh dalam troli memang harapan la. Jangan harap korang boleh jangka untuk control anak korang macam tu sebab dorang ni ada power untuk menyebabkan kita biar dorang nak buat apa pun. 

7. Me Time

Ramai yang kata kena cari masa untuk 'Me Time' masa aku jadi surirumah susah nak dapat masa bersendirian yang mana aku boleh duduk dalam toilet or makan dengan tenang tanpa perlu tengok anak aku jatuh kat mana-mana atau pun tidak. Memang susah sangat nak dapat masa sendiri tu sejak dah mula kerja balik ni memang banyak sikit masa untuk diri sendiri dan ada la masa untuk blog-blog. Aku tak tahu macam mana mak-mak yang duduk rumah siap boleh bisnes bagai sebab aku da cuba. Bila aku buka komputer je anak-anak aku mesti duduk atas keyboard depan skrin dan tarik rambut, tarik muka aku dan macam-macam lagi cara untuk menarik perhatian aku. Me time sangat penting bagi ibu bapa ya. Jangan rasa bersalah untuk adakan masa at least sejam sehari atau sejam seminggu pun jadilah untuk diri sendiri. Buat lah apa yang anda suka tak kira apa pun. Sebab ia sangat penting untuk membantu menaikkan mood dan semangat kita dalam menghadapi anak-anak.

8. Susu ibu vs susu formula

Masa aku mula-mula melahirkan husna aku tak terfikir langsung nak menyusukan husna menggunakan susu ibu sebab aku dibesarkan dengan susu formula, mak aku dibesarkan dengan susu formula, nenek aku dibesarkan dengan susu formula, even family suami aku pun sokong susu formula. Jadi yang menggalakkan aku beri susu ibu pada Husna dan Humaira adalah suami aku. Jadi pilihan terletak ditangan kita. Kalau rasa nak bagi susu ibu bagi kalau nak bagi susu ibu pun bagi. Jangan rasa stress tak dapat bagi susu ibu kat anak-anak. At least kita mencuba. Aku jenis tak judge orang yang tak bagi susu ibu kat anak-anak sebab itu pilihan masing-masing. Sebab bukan semua orang mampu nak memberikan anak-anak dengan susu ibu. Dia perlukan kegigihan, kecekalan dari segi mental dan fizikal. Husna cerai susu badan pada usia 1 tahun 8 bulan saat adik dia Humaira lahir. Dan dua-dua anak aku susu campur takdelah 100% minum susu badan je. =)


Ok itu jelah yang aku boleh kongsi setakat ni kalau ada penambahan nanti aku akan tambah lagi. Rasanya banyak lagi tapi ni jela yang terkeluar dari otak aku setakat ni. 

Jangan takut jadi parent. Dan jangan brag banyak sangat seolah-olah kita tahu semua. Sebenarnya apa yang kita tahu dan apa yang kita akan buat totally different. 





0 comments