Lagu Kun Anta

by - 11:53 AM

Sementara orang lain da get over lagu ni sebab lagu ni main kat radio kat opis aku ni kerap tapi aku tak amik port sangat sebab dengar sayup-sayup je kan tu untung duk bilik sendiri ni muaahahahah.

Jadi tiba-tiba di suatu hari yang cerah lagi ceria, bos pula takde jadi aku pun mengular sambil menggoogle ape maksud lagu Kun Anta ni sebenarnya. Deep rupanya meaning lagu Kun Anta ni. Bila baca lirik dia satu-satu memang rasa terkena kat batang hidung sendiri sebab selama ni aku cuba untuk dilihat baik orang lain, yelah PA kan kenalah hupdate kang orang kata PA SELEKEH, nak hupdate terutama dari segi fesyen sampai tak terkejar. Sampai hari-hari aku duk stalk IG fashionista nak tau apa fesyen terkenal skang kan.

Tapi bila fikir balik ikut-ikut bukan dapat apa pun, yang kering last-last poket aku juga sebab nak senangkan hati orang tengok kita. Bukan nak senangkan hati pencipta atau suami tercinta tapi orang yang xde kaitan dengan kita pun. Jadi insaflah kejap. 

Maka sekarang beringat jela beli ikut keperluan bukan kehendak lagi. Jadi jangan rasa rendah hati kalau kita takde baju paling hupdate atau paling lawa, atau kita xde kasut yg paling menyerlah atau handbeg jenama sebab aku pun xde semua itu lagi da hahahah 

ok bai

Chaiyo Chaiyo!!!


You May Also Like

1 comments