Pengalaman Jadi Ibu Untuk Pertama Kali


Da jadi mak kepada 2 orang anak baru nak share pengalaman kan. 

Masa husna dilahirkan aku memang takde pengalaman sama macam ibu bapa lain yang baru menimang cahaya mata. 

Pernah sekali Husna menangis je malam-malam pastu aku bagi susu botol dan aku memang tak pandai burpkan baby. Sampai susu tu kua dari hidung, aku punya panic aku keja mak bapak aku dan laki aku sambil nangis-nangis. Itulah antara pengalaman ngeri yang aku takkan lupa sampai bila-bila sebab risau anak tersedak susu. Lepas tu aku selalu terjaga dan check nafas anak aku masih ada lagi ke tak sebab aku risau kalau dia mati dalam tidur. Mungkin fobia ke apa aku pun tak tahu tapi tula naluri yang aku rasa sebab nak dapat anak lambat bila da ada anak aku jadi sangat preserve dan berhati-hati sangat.

Setelah melahirkan humaira anak kedua aku Alhamdulillah aku da ada pengalaman dan tidak cepat panik macam masa bersalin yang first. Bila da ada pengalaman ni memang lain rasenya. Nak pegang baby pun da tak takut. Nak bedung dan susukan pun da tau caranya.

Even suami aku pun lebih berani nak pegang anak aku berbanding masa lahirkan husna. Husna umur 2 minggu baru dia berani pegang. Masa Humaira lahir-lahir je Humaira dia terus amik dari warmer setelah baby dibersihkan dan letak atas aku untuk menyusu. Terkejut juga masa tu.


0 comments