Lelaki Berkahwin Yang Suka Bersosial

Pagi tengah aku on the way nak ke tempat kerja aku, aku pun pasang la channel favourite aku iaitu Hot Fm ler ape lagi. Kali ni ada segmen Dear Farah yang mana sape2 yang ada apa-apa yang nak dikongsi bolela diemel ke Farah.

So pagi ni dia terima satu emel dari seorang wanita yang telah berumah tangga selama 6 tahun dan suaminya sangat suka bersosial. Bersosial yang macam mana? iaitu suka sangat kawan dengan perempuan yang bukan muhrimnya lar. Contohnya bersms lar, tepon lar, dan satu hari si wanita ni tertangkap suami dia sedang bermesra-mesraan dengan perempuan lain di sebuah restoran.

So perempuan ni bertanya la pada kak farah, adakah dia jenis cemburu kuat? sebab si suami mengatakan dia cemburu kuat dan si wanita ini tidak layak untuk menghalang dia berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia nak sebab lelaki boleh kawin 4. Dan kalau dia nak halang juga dia ugut si wanita ni untuk berpisah. 

p/s Lelaki zaman skang suka ek guna ayat ni? dia layak berkawin 4 tp layak ke? dia yg tanggung bini ke atau bini yg tanggung dia? kalo da dengan satu bini pun tak tercontrol nafsu ble ke still tahan kalau da ada 4 bini tu? kalau da gatal tu gune la ape alasan pun memang lelaki gatal akan kekal gatal selamanya tak kisah la kawin 1 atau lebih. Dan rasenya kalau tak sebab anak-anak da lama lelaki macam ni kena tinggal. Menyusahkan idup dan wat kita makan ati je.

0 comments